Showing posts with label Tips Penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Tips Penyusuan. Show all posts

Wednesday, August 26, 2015

5 Cara Elak Stress Semasa Dalam Pantang


gambar dari google 


Berpantang merupakan satu cabaran untuk ibu-ibu. Dalam tempoh berpantang ibu-ibu tak boleh keluar rumah, tak boleh buat kerja rumah, tak boleh itu tak boleh ini. Dah namanya pon berpantang kan, mestila banyak benda yang tak boleh buat hehe. Namun ramai juga yang mengadu stress ketika berpantang. Stress waktu berpantang memang tidak digalakkan kerana ia bakal mengundang penyakit meroyan yang boleh efek kesihatan mental ibu-ibu. Apa cara untuk ibu elak stress ketika berpantang?

1. Banyakkan berzikir untuk menenangkan jiwa (bagi muslim)
Berzikir dan mengingati ALLAH s.w.t dapat menenangkan jiwa. Walaupun tidak boleh solat tetap ibu-ibu berpantang boleh berzikir dan berdoa.


2. Jaga makan dan minum ketika berpantang 
Masih ramai yang mengikut cara orang dulu-dulu berpantang, contohnya makan nasi dengan ikan bilis dan ikan masin tak makan sayur dan sebagainya. Sebenarnya, waktu berpantang ialah waktu untuk kita mendapatkan nutrien yang seimbang dan mencukupi supaya badan ibu cepat pulih seperti sediakala. Waktu ni juga amalan makan supplemen (yang tidak memberi kesan kepada bayi) amat digalakkan.


3. Cari masa untuk berehat
Ibu-ibu harus beri ruang pada diri sendiri untuk berehat. Tak semestinya dengan cara tidur sahaja, ibu ibu boleh luangkan masa dengan mendengar muzik atau ayat Al-quran , menonton TV, membaca dan sebagainya.


4. Berfikiran positif
Ibu-ibu harus berfikiran positif walau ape jua keadaan. Bila kita fikir yang baik-baik , InsyaAllah yang baik-baik sahaja datang pada kita.


5. Nikmati waktu berpantang dengan rasa syukur
Tidak semua wanita dapat merasai anugerah ini.Berpantang bukan sahaja merapatkan ibu dan bayi tetapi juga mengeratkan silaturrahim. Nikmatilah waktu berpantang dengan rasa syukur kerana waktu berpantang ini banyak melibatkan hubungan kita dengan suami dan keluarga terdekat.


dari kacamata Arifa Salleh...:)

Wednesday, August 19, 2015

Isu DNA Lembu dalam susu formula anak-anak

Isu yg dh lama jugakla kan tapi terasa nak bagi comment sket pasal isu ni.

Well semua orang tau khasiat dan kebaikkan susu ibu tapi tak semua orang bernasib baik boleh bagi susu ibu pada anak mereka.

I just happened tht takde or tak cukup susu badan. Sometimes ibu-ibu terpaksa jugak bagi anak minum susu formula yang lazimnya daripada susu lembu. Ade jugak yg bagi susu dari soya dan susu kambing.

Pada AS kalau dah ditakdirkan selepas kita usaha still susu tak ade utk bagi kt anak, maka redha jela. Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk anak kita dan diri kita sendiri.

Pasal isu DNA tu macam tak berapa nk kena sebab kalau kita berbalik kepada Al quran , Allah s.w.t pun tak pernah melarang kita minum susu dari haiwan macam lembu, kambing, unta dan sebagainya. Perilaku anak kadang-kadang bukan sebab susu tapi persekitaran die sendiri. Bagaimana ibu bapa mencorakkannya itulah die.

Ibu bapa yg tak dapat beri anak minum susu ibu janganla terasa hati ke ape yang penting kita dah usaha nk bg susu terbaik untuk anak-anak kita. Yang berjaya menyusukan anak pulak jangan lah terlalu sombong dan pandang hina kat mereka yang tak dapat berbuat demikian. Rezeki itu dari Allah kalau die nak tarik sekelip mata die boleh tarik.

Wallahua'lam

Kalau anda perlu panduan mengenai susu ibu dan SET MENYUSU yang tengah hot sekarang boleh klik SINI.

Tuesday, June 23, 2015

Sedekah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah masuk hari ke 6 kita berpuasa. Diharapkan semuanya tengah enjoy menjalani ibadah berpuasa. Bukan enjoy kat bazaar ramadhan je tau tapi enjoy terawih, enjoy solat-solat sunat, bangun qiam membaca Al- quran dan sebagainya. Dalam bulan puasa ni amat terbaik sekali kalau kita dapat gandakan ibadah kepada Yang Maha Esa.  Bayangkan pahala amal ibadat kita digandakan dalam bulan ini. Best kan? dalam bulan ni tau ade "special promotion" untuk kita.

Salah satu ibadah yang ditekankan dalam bulan ni ialah sedekah. Allah s.w.t dah janji kalau kita sedekah, DIA akan gandakan rezeki kita. Jadi bila bersedekah di bulan puasa ni agak-agak berapa kali lipat pahala dan rezeki yang akan Allah bagi? MasyaALLAH pasti hebat ganjaranNYA, Dia Maha Kaya.

Jadi kawan-kawan alam maya sekalian, mulai harini jom kita amalkan bersedekah tak kisah sedekah duit ke, sedekah makanan ke, sedekah kudrat ke (tolong orang dan sebagainya) yang penting setiap hari kita memberi (sedekah). Mudah-mudahan amalan sedekah ni kita lakukan terus memerus walau bukan di bulan ramadhan.

Surah Ali Imran, ayat :92. 
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. dan apa saja yang kamu nafkahkan Maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya.

setuju dengan ayat ni, nk sedekah xpayah tunggu kaya, bila-bila pun boleh. 


selamat berpuasa ^ _^



Tuesday, June 16, 2015

Berapa banyak air perlu diminum dalam sehari?

Assalamualikum readers,

Air masak atau air kosong memang penting untuk badan kita. Pernah dengar kan kalau 24 jam kita tak dapat makanan kita masih lagi boleh hidup tapi kalau tak dapat air, kita boleh mati.
Sebabnya air sangat-sangat penting untuk terutama sebagai pengangkut oksigen untuk organ-organ di dalam badan kita.

Tapi berapa banyak air yang kita perlu minum dalam sehari? 1liter? 2 liter? 8 gelas ? 10 cawan? haaa
Ade yang kata minum air terlalu banyak juga membawa maut. Wallahualam itu AS tak pasti.

Ade sahabat yang baru lepas ke kelas Kevin Zahri , menurut Kevin berapa banyak air yang kita patut minum boleh diukur dengan cara lihat warna urin (air kencing) kita. Kalau warna kuning teramat ala-ala kuning diraja tu maknanya air dalam badan kita TAK CUKUP!!.

Kalau kaler jernih tu tanda air dalam badan kita cukup. Ha pergi kencing sekarang dan tgk kaler urine korang hehe. Lagi satu kalau ade ambil ape-ape supplemen atau collagen dans sebagainya, elok la lebihkan minum air masak sebab, supplemen2 ni perlukan air untuk bertindak dengan lebih efisen.

Selalu AS ingatkan kat customer-customer AS, minum air 2 hingga 3 liter sehari. Yang ade masalah penghadam dan kulit tu 'wajib' pantau pengambilan air. Pastikan cukup supaya kotoran boleh di 'flush out' dari badan kita.





Wednesday, March 18, 2015

Susu UHT bagus ke tak untuk anak anda?

Pernah dengar tak Pasturization?

pernah dengar Ultra High Temperature?


Paturization ni ialah 1 teknik untuk mematikan bakteria, dan spora daripada susu lembu yang baru diperah dengan mengenakan suhu yang tinggi pada jangka masa tertentu. Bakteria dalam susu lembu tu boleh membahayakan kesihtan dan mampu membawa maut kepada manusia jika tidak di matikan.

Ultra high temperature ialah suhu yang lebih tinggi digunakan untuk mematikan lebih banyak bakteria dan supaya susu boleh disimpan lebih lama.



Suhu yang biasa digunakan untuk pempasturan (pasturization) ialah antara 70 degree selsius hingga 75 degree selsius selama 15 saat manakala teknik baru iaitu ultra high temperature menggunakan suhu 150 degree celsius selama 5 saat.

Walaupun dikenakan suhu yang tinggi tapi nutrien susu didalam masih wujud. Jadi ianya selamat untuk diminum bukan sahaj untuk dewasa tetapi juga untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas. Namun pilihan yang lebih baik ialah susu organic.


contoh UHT milk imported 

Anak berumur setahun ke atas tak perlu susu formula?

Alkisahnye tengah survey susu formula ape yang sesuai untuk auliya sebab tak lama lagi dah nak cerai susu. Ade try susu dutch lady 123 tu kat die...tapi die tak minum lansung ...rugiii je beli huhu...padahal rasa susu tu sedap ke ku minum adehh anak ni pandai tau beza susu fm (formula milk) ngan bm (breastmilk). 

Satu hari terbaca status seorang kawan sekolah lama, die doktor sekarang. postnya cm ni ' hm toddlers dont need to be on formula milk after 1 yr old and can be replaced by whole milk.." dan die ade share 1 artikel dalam blog seorang doktor yang bekerja di Beijing. 

Menurut artikel yang doktor tu tulis katanya, sekarang ni syarikat2 pengeluar susu formula bayi ni banyak keluarkan susu formula yang kononnya menjadi pelengkap nutrisi anak-anak tetapi sebenarnya ia merupakan 1 cara untuk memancing duit dari ibu bapa. Katanya pilihan terbaik ialah dari susu ibu dan susu lembu yang segar untuk bayi 1 tahun ke atas. 


 Katanya lagi, pakar kanak-kanak sering mengadu yang mana susu formula ni mengandungi banyak gula dan ditambah dengan perasa tiruan seperti Vanilla. Kajian dilakukan terhadap sumber susu formula dan susu segar, susu formula ade 7grams gula manakala susu segar ade 5 grams gula shaja. Jadi, kenapa perlu bagi anak minum susu yang boleh memudaratkan kesihatan die? 


Hmm lepas saba artikel dari blog doktor ni, terfikir sekejap, mungkin ALLAH gerakkan hati auliya untuk tak nak minum susu formula sebab susu tu tak bagus untuk kesihatan die. Jadi ibu bapa ni perlu banyak menggali ilmu tambah pulak bila baru ade anak baru berkahwin sebabnye masyarakat kita suka 'ikut tradisi' tak mengkaji sndiri. 

Kalau nak baca lebih lanjut lagi boleh klik link di bawah ni. 
http://www.myhealthbeijing.com/children/toddler-formula-scam-or-savior-in-china/


So tak perlu la ganti ngn susu formula lagipun Auliya dah nak masuk 2 tahun, susu hanya sampingan je. solid food yang lebih penting. 

Tuesday, November 25, 2014

Cara bancuh susu anak dengan betul

Rupanya masih ade lagi ibu dan ayah yang salah dalam membuat susu untuk anak-anak. Ye la kan kadang2 kita ingat perkara yang kita buat tu tak ade efek pada rasa susu tu tapi sebenarnya jika kita salah bancuh susu anak. Rugi jela kalau beli susu paling mahal untuk anak tapi kalau salah bancuh protein dalam susu boleh musnah.


Jom kita baca cara yang BETUL untuk bancuh susu formula anak

1. Tuangkan air sejuk (air masak)
2. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit hingga dapat suhu air diperlukan sama ada suam atau sedikit panas.
3. Letakkan susu formula mengikut sukatan yang diperlukan
4. Goncang hingga sebati
5. Rasa dulu tahap kepanasan susu itu sebelum di berikan kepada si manja.

sumber: baby comel Dot Com















Thursday, November 13, 2014

Makanan Pembawa Penyakit

                                             BERHATI-HATI DENGAN 4 MAKANAN INI!!!


Mee Segera
Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.

Sardin
Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.

Minuman 3 in 1
Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.

Panadol
Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.

Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti(terutama roti serat), biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan....

Friday, November 7, 2014

Tips kuruskan kaki


Erkkk...astargfirullahala'zim...entri ape pulak la siap keluar picture model anorexia ni??. Bawa bertendang (read=bertenang) ....ifa bukan nak suruh korang kurus macam ni tau...ini dah jadi penyakit namanay huhu. Yang ifa nak share dekat sini TIPS UNTUK KURUSKAN KAKI. 

Ramai orang especially wanita obses sangat kat bahagian kaki (ifa la tu :p). Semua nak kaki kuruih , nak skinny. Eh tapi kan ifa lagi suka curvy dari skinny tau. Memang ifa xpernah sesuai pakai skinny..sebab keturunan kaki gedebab kot hehe. Masa pregnant dulu seluar jeans semua memang hai-hai bye-bye je...banyak pakai palazo je..masa anak dara pakai seluar saiz 27 n ade 1 masa tu 28 lepas beranak tau tak berapa? daripada 28 jadi 25 kauuu...semua seluar ku longgar...

Ubat kurus memang tak makan even lecithin atau omegaguard ifa tak ambil untuk kuruskan badan. Ifa kurus sebab menyusukan anak dan busy dengan kerja-kerja rumah (busy la sangat kan). Tapi ifa ade 1 tips yang berguna untuk korang. Ifa banyakkan berjalan kaki lepas bersalin aritu. Petang-petang ifa tolak anak dalam stroller pusing 1 taman selama 20-30 min hehe. Mungkin jugak teknik ni berjaya kecikkan peha n betis yang xpernah slim sebelum ni. 

Bila dan jadi saiz 25 rasa tak best pulak sebab macam tak curvy rasa tak cantik. Nasib la suami tak kata ape2 die suka ifa kurus ceyhhh...So siapa-siapa yang nak kaki slim mcm Scha Al-Yahya tu boleh la amalkan tips ifa tu ye. Mudah2an menjadi.  Biar kurus sihat ..Gemuk? jangan skali tau!! Maintainkan berat ideal okay?





Love this kind of body...


Skinny or curvy? ask yourself hehe..

Tuesday, November 4, 2014

3 'ubat' kolestrol paling power


Yang kurus tak semestinya tidak mempunyai masalah kolestrol tinggi. Contoh paling dekat suami saya sendiri. Badan tak gemuk tapi kolestrol tinggi melangit. Sekarang ni tengah consume Phytocol shaklee. Bulan ni nak belikan die Omegaguard jugak. Kolestrol ni kira macam tanda amaran supaya kita berjaga-jaga ketika makan. Jangan ikut sedap hati sahaja nak makan semua benda. Mari saya kongsikan 3 'ubat' paling power untuk kolestrol.


1. MINYAK IKAN

Minyak ikan mampu menurun paras triglycerida (lemak) dalam badan. Ini disebabkan kandungan EPA dan DHA yang terdapat dalam omega 3.


2.FIBER / SERAT

Serat seperti daripada buah-buahan, sayur-sayuran , kekacang dan bijirin (gandum, barley, oats dan chiaseed, flaxseed) boleh menyerap lemak dan sekaligus merendahkan tahap kolestrol secara total. Pengambilan oats lazimnya mampu merendahkan tahap kolestrol dengan pengambilan yang konsisten. Tetapi, pengambilan serat yang berlebihan menyebab anda sering ke toilet untuk buang air besar.

3. Suppelement berasakan protein soya
Protein soya juga boleh merendahkan paras kolestrol. Pengambilan produk berasaskan protein soya dan makanan dari protein tumbuhan seperti tauhu, tempe juga bertindak meningkatkan paras kolestrol baik dan merendahkan paras kolestrol jahat.



Nak tunggu salur darah mengecil macam ni baru nak bertindak ke? Ingat, kesihatan lebih bernilai dari wang ringgit...Pelaburan untuk kesihatan sudah pasti keuntungan lumayan....










ARIFA SALLEH
SID SHAH ALAM
013 3994264
nurarsaljis@gmail.com




Tuesday, October 28, 2014

Tips Hilangkan Parut Jerawat

Bila jewarat dah tak ade...tapi hati masih tak boleh tenang 100% sebab jerawat ni meninggalkan jejak ..tak kira la jejak berlubang ke jejak kaler hitam ke jejak kaler merah ke ...tapi jejak ni lagi seksa nak hilangkan berbanding jerawat tu sendiri.

Saya dah merasa dah dulu...jenuh pergi farmasi cari cream untuk hilangkan parut. Tapi lepas sapu cream naik jerawat lain pulak. Arghhh tension tu tak payah cakapla sampai nak pergi kedai pun rasa malu. Jenuh sapu foundation tak nak orang nampak tapi sebenarnya meburukkan lagi keadaan.

Rule paling penting untuk nak hilangkan jerawat ialah SABAR ...parut jerawat akan pudar juga nantiu cuma die ambil masa. Banyakkan minum air kosong , ambil protein yang cukup dan vitamin C untuk cerahkan parut yang gelap...

Rule #2 Ade orang sapu vitamin E pada parut kononnya hilangkan parut dengan cepat. Haaa ini ialah satu tindakan yang salah tau dulu-dulu saya pun buat camtu patutla makin teruk je siap naik jerawat lain pulak. Begitu juga dengan Tea Tree Oil. Kalau anda cuba dan dapati naik jerawat atau masalah kulit lain cepat-cepat stop penggunaanya. Lebih baik untuk consume vitamin E kerana vitamin E ni ialah nutrient untuk badan. Jadi biar badan yang menggunakan viatmin E untuk cantikkan kulit kita.

Rule #3 Jangan picit Jerawat..hehe ni sume orang tau tapi buat jugak kan kan? saya pun dulu siap amik jarum nak pecahkan jerawat...hasilnya? jerawat tinggalkan jejak ynag hodoh huhu..kalau nak pecahkan jerawat better pergi facial kerana kat sana ade alat khas untuk pecahkan jerawat dan alatan mereka pun steril .

Rule #4 Cream yang mengandungi kojic acid (daripada cendawan) arbutin dan vitamin c boleh mencerahkan parut jerawat. seelok2nya carila yang organik supaya kulit tak terdedah dengan bahan kimia.

Untuk parut jerawat yang berlubang boleh juga amalkan vitamin E atau collagen. Collagen bertindak memperbaiki tekstur kulit yang dah rosak disebabkan jerawat tadi. Kolagen mahal? harusslah mahal kalau nak yang berkualiti kan tapi kalau nak yang murah sikit boleh amalkan protein segera macam ESP. InsyaAllah parut-parut jerawat senang pudar.

Monday, October 27, 2014

Cara Atasi Kulit Berminyak


kalau gini minyak di muka...parahhh betul jadinya huhu..sampai menitik2 tu ha....
propa je ni....sebenarnya ape yang saya nak share arini ialah masalah kulit berminyak...Kulit berminyak ni petanda kulit masih muda dan kelenjar sebum tengah akif...Penyebab kepada kulit cepat berminyak ni antaranya ialah cuaca, pemakanan, bahan kosmetik dan aktiviti harian.

Dulu saya juga mempunyai masalah kulit berminyak...sampai kena beli oil blotter ...leceh kan...masa tu waktu blajar...lepas tu bila guna make up pun muka jadi cepat berminyak...Sebenarnya cara untuk atasi masalah kulit berminyak ni ialah dgn tidak memakai ape-ape2 makeup tapi nak cover jerawat dan parut jerawat punya pasal terpaksalah pakai makeup.Hukhuk

Tapi yang saya perasan bila kita kurang pakai makeup muka memang akan kurang berminyak ..pastu air kosong kne minum lebih....lepas jalankan proses detox ( guna Alfalfa Shaklee) dan consume ESP muka memang jadi semakin kurang berminyak. Kalo berminyak pun tak teruk sangat. Dulu-dulu sampai boyfren tegur nape kulit berminyak sangat...malu wooo...

Lagi satu, kalau korang kulit berminyak jangan pakai moisturiser sebab ini akan menyebabkan kulit tambah berminyak...cukupla dengan menggunakan pencuci dan toner sahaja...bila kulit dah matang dan tak berminyak lagi bolehla guna moisturiser. Pemakanan pun kalau boleh (mesti boleh punya) kurangkan makanan yang bergoreng. 

Kulit berminyak ni menyebabkan pori-pori kulit tersumbat dan boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria penyebab jerawat. Jadi jangan biar kulit muka terlalu berminyak dan jangan pulak terlalu kering. Pengambilan Vitamin E Complex atau GLA boleh mengibangkan kelembapan kulit. Tak percaya?? Tak pe..cuba je...^_*




Tuesday, October 21, 2014

Elak Jerawat dan Kulit Kusam

Assalammualaikum sahabat-sahabat alam maya sekalian.....harini sy nk share tips untuk elakkan jerawat dan kulit kusam. kalau dulu (zaman anak dara) saya memang tak pernah lari dari masalah kulit kusam dan berjerawat. Rasanya ade dekat 10 tahun kot dihimpit masalah jerawat ni. Lepas SPM muka sy memang jadi berminyak dan berjerawat tambah pulak pakai produk-produk yang tak sesuai dengan kulit lagila teruk jadinya. Nak ambil gambar memang tak la malu segan dengan keadaan kulit masa tu.

Tapi dalam masa 10 tahun ade juga masa yang kulit saya jadi ok semula tapi tak lama. Dalam beberapa bulan je ok lepas tu jerawat timbul semula. Produk muka dah macam-macam saya cuba dari yang mahal kepada yang murah, produk oversea produk tempatan semua dah cuba. Sampaila saya cuba produk keluaran spa SERI AIDA. Alhamdulillah saya berpuas hati. Mula-mula hanya buat facial sebulan sekali (masa tu dekat nak kawen). Kemudian tergerak hati nak cuba trial pack die masa tu lagi sebulan saya nak kawen. Guna dalam masa seminggu saya dah mula nampak jerawat makin kurang , kulit kurang berminyak dan pori-pori mengecil. Bila dah sesuai saya pun teruskan guna sampai sekarang (dah 2 tahun lebih). 

Masa sebelum kawen tu, ramai jugak yang perasan muka saya dah licin jerawat dan parut jerawat dah takde. Paling best lepas akad nikah , masa tgh bergambar, suami sy tegur, eh muka ifa dah ok ek?pakai ape?...boleh pulak tnya masa tgh ambik gambar kan...hehe tp dalam hati ku berbunga riang hahaha. Sebelum kawen sebulan kami xjumpa xkeluar bersama tu yang die tnya tu kot kira mcm transform la kononnya hehehe.

tapi yang saya perasa wajah saya macam tak berapa cerah yela sbb saya tak boleh pakai pencerah selagi jerawat tak ok.Masa pregnant saya hanya guna pencuci muka seri aida je krim2 sume saya malasss sangat nak pakai. Dalam pantang saya guna SET MENYUSU  SHAKLEE...seminggu minum ESP saya perasan wajah makin cerah. Asalnya minum ESP untuk banyakkan susu, tapi last-last dapat double tripple bonus
susu meriah, kulit cantik badan bertenaga. Jerawat pun segan-segan nak keluar. 

Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang ALLAH bagi sekarang ni, memang semua orang-orang yang pernah rapat dengan saya perasan perubahan besar tu. Jadi, tips saya untuk elakkan jerawat dan  kulit kusam ni  ialah : 

JANGAN TUKAR-TUKAR PRODUK MUKA
Kalau mampu pergi dermatologist itu lebih baik. 

CARI FACIAL YANG GUNA PRODUK SELAMAT
Saya suka pergi facial di seri aida sebab produknya memang fokus untuk masalah kulit. Produknya juga berasaskan herba. 

ATASI JUGA DARI DALAM
Cuba detoks badan dan ambil supplemen. Supplemen amat membantu menjaga kesihatan badan dan kulit sebab semuanya bermula dari dalam. Contoh kalau makan ESP , ia memperbaiki tisu kulit dan menganjalkan kulit sebab iannya protein. Protein penting untuk kulit. 

BERI MASA UNTUK BERSENAM 
Senaman dapat meningkatkan pengaliran oksigen dalam badan. Bila berpeluh pori-pori akan terbuka dan dibersihkan secara semulajadi. Tapi lepas bersenam cuci muka dengan bersih dan jangan lap muka yang berpeluh dengan towel yang kotor.

MINUM AIR SECUKUPNYA
Masa kulit muka teruk dulu bergelen-gelen air saya minum dalam sehari, ke toilet pun kerap juga tp saya ade masalah sembelit. Mungkin juga salah satu sebab kulit muka bermasalah ialah bila usus kotor. Saya amalkan alfalfa dan ostematrix serta mealshake , Alhamdulillah dah tak ada masalah sembelit lagi. 





Owh untuk yang pergi cari seri aida ni alamatnya :
                                                 SERI AIDA CAWANGAN BANDAR BARU BANGI
606-G,Kompleks Diamond,Jalan Medan Bangi,Bandar Baru Bangi,Selangor, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, 43650, Malaysia
+60 3-8210 0878


ini produk trial set..





cantik tak kak ton?? 


Monday, October 20, 2014

Cantikkan Kulit Dengan Protein (Part 2)

Selain kolagen, kita juga perlu mengambil protein dari makanan lain seperti ikan , ayam, daging, kekacang dengan kadar yang mencukupi. Ini amat penting kerana protein merupakan makanan kepada sel-sel kita. Tapi jangan berlebihan kerana protein dari haiwan ni boleh membebankan buah pinggang nanti.

Seelok-eloknya ambil protein daripada sumber tumbuhan. Ramai juga yang mula sedar kepentingan mengambil serbuk protein sebagai makanan tambahan seharian (supplemen). Pastikan serbuk protein yang anda minum berkalori rendah, bebas kolestrol, TIADA GULA TAMBAHAN atau pemanis tiruan, dan juga pewarna tiruan. Bahan semulajadi kan lagi bagus.  Antara contoh protein terbaik ialah daripada Whey protein, kaisein (protein susu yang banyak terdapat dalam keju dan product tenusu), putih telur (albumen) dan protein soya. 

Mempelbagaikan sumber protein harian kita adalah satu cara terbaik untuk memastikan tahap kesihatan optimum.Selain tu dapat mengekalkan kecantikkan kulit, melembapkan, memudarkan parut jerawat, mengatasi pigmentasi dan sebagainya. 

Saya dan suami mengamalkan pengambilan protein soya dan whey protein. Bila bersarapan dengan protein , badan rasa ringan dan tak mudah letih ketika bekerja berbanding kalau kita makan nasi lemak , roti canai atau makanan bergoreng sebagai sarapan. Memang perut kenyang tapi cepat mengantuk dan akan rasa cepat lapar.

Selain untuk kecantikkan kulit wajah, pengambilan protein juga boleh bantu kita kawal berat badan tau. Tak rugi melabur untuk kesihatan sebab faedahnya seumur hidup InsyaAllah.













Arifa Salleh
SID Shah Alam
013 3994264
nurarsaljis@gmail.com

Friday, October 10, 2014

Makanan yang selamat untuk anak-anak di bawah 2 tahun

Bila anak dah start boleh makan makanan pejal, hari - hari kena fikir ape yang nak dimasak untuk dia. Sampai kadang-kadang tu tak tahu nak reka menu apa. Alhamdulillah so far anak saya tak memilih terhadap menu makanan. Bagi je ape pun die nak makan sampai kita pulak kena kontrol die makan hehe.

Tapi sebagai ibu bapa , kita mesti tahu makanan ape yang patut anak kita ambil dan juga makanan yang digalakkan untuk si kecil. Makanan segera seperti sosej, kentang goreng, jajan, gula-gula seelok2nya dielakkan atau diberi sekali sekala sehaja. Kita sebagai ibu bapa yang menentukan corak pemakanan anak. Dalam sebuah buku yang saya baca, ia menyatakan bahawa corak pemakanan ibu bapa akan memberi impak yang besar kepada corak pemakanan anak-anak,.

Makanan yang boleh diberikan pada kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah ialah seperti

Sayur-sayuran dan kekacang /kacang.
Buah-buahan
Makanan bijian (bijirin), kebanyakannya bijian sempurna dan/atau pelbagai bijirin serat tinggi, seperti roti, bijirin, nasi, pasta, mi, polenta, kuskus, oat, kuinoa dan barli
Daging dan ayam itik tanpa lemak, ikan, telur, tauhu, kekeras dan benih, dan kekacang/kacang.
Susu, yogurt, keju dan/atau alternatifnya, kebanyakannya dikurangkan lemak (susu dikurangkan lemak tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah dua tahun).








Manakala makanan yang patut dielakkan atau dikurangkan pengambilannya ialah seperti
coklat dan gula-gula
biskut manis, kentang goreng dan biskut masin berlemak tinggi
makanan goreng
makanan berdasarkan pastri seperti pai, roti gulung sosej dan penganan
makanan segera
aiskrim, kek dan hidangan pencuci mulut tertentu
minuman ringan, minuman buah-buahan, kordial, minuman sukan, minuman tenaga, susu berperisa dan air mineral berperisa


Pastikan anak-anak yang berusia 2 tahun ke bawah ini diberikan air masak yang secukupnya. Juga elakkan memberi anak anda susu lembu yang dikurangkan lemak. Kanak-kanak di atas umur 12 bulan yang tidak minum susu lembu atau keluaran susu lembu boleh minum minuman soya yang ditambah kalsium. Susu beras dan oat boleh digunakan setelah berumur lebih 12 bulan jika diperkuat dengan kalsium dan tidak dikurangkan lemak. Pemantauan profesional kesihatan disyorkan.




Thursday, October 9, 2014

Tips Scrub Muka Yang Murah

Assalammualaikum...hmm arini rasa nak kongsikan tips kecantikkan kulit wajah dengan my readers..Di kala harga minyak naik dan naik lagi ni....semua benda rasa nak jimat kan...nk pergi facial pun berkira-kira...Alahai poning den..nak cantik tu mesti tapi nak cantik kne keluar duit betul??

Jadi sebab tu saya nak berkongsi resepi scrub muka yang xperlu anda keluarkan duit yang banyak dan senang nak dapat. Caranya ialah dengan menggunakan GULA dan SODA BIKABONAT/BAKING SODA

Tahu tak GULA merupakan scrub terbaik untuk muka kita. Gula merupakan sebatian ringkas terdiri daripada disakarida dan alpha hydroxy glycolic acid. Bila sebatian ini digunakan ke ats kulit, ia melemahkan minyak yang memegang sel-sel mati pada kulit. Akibatnya sel kulit mati senang ditanggalkan dan melahirkan sel-sel baru

Bukan sahaja untuk kulit muka tapi kulit badan pun blh. Gula jenis ape nak guna? xkesah gula biasa gula merah gula batu asalkan yang datangnya dari tebu atau sugar-beet. Tapi jangan pilih yang terlalu kasar sebab bila scrub di muka nanti luka pulak kulit awak huhu..carila gula halus atau gula merah yang xberapa kasar. Anda akan dpt lihat kulit jadi bersih lepas scrub dengan gula.

Untuk yang nak bersihkan pori-pori pulak boleh guna soda bikarbonat. Soda bikarbonat boleh bantu mengurangkan masalah jerawat pada kulit muka sebab ianya membersihkan kotoran pada pori-pori kulit. Tapi kalau anda berkulit kering, jangan scrub selalu sgt cukup 1 kali seminggu sebab soda bikarbonat boleh menyebabkan kulit jadi kering..

Saya sendiri mengamalkan 2 jenis scrub ini ..dalam masa sebulan boleh nampak kulit nampak bersih. Disamping tu saya juga amalkan pengambilan supplemen dan kolagen. Harusla daripada produk terbaik Shaklee hehe. Saya consume Mealshake Vitamin C Alfalfa GLA dan Kolagen. Lepas ni nak makan ESP balik rinduuuuu sangat dengan ESP. Masa saya consume ESP dalam pantang dulu..dalam seminggu saya boleh perasan muka makin cerah dan berseri, jerawat dan parut jerawat pudar. BEST!!!!

owh ye..satu lg saya nk kongsikan ialah petikan dari buku ni





buku ni beli masa di Big Bad Wolf  RM10 je rasanye tapi pengisian dalam buku ni memang best...salah 1 tips kecantikkan dalam ni ialah scrub muka dengan GULA...insyaAllah nnt saya kongsikan lagi tips dari buku ni k...

Saturday, September 27, 2014

Nak Cepat Cantik??

Alhamdulillah arini dapat bersiaran awal pagi ...erkk takde la awal sangat..sebelum masuk dapur ..nk share sket pasal produk shaklee yang boleh bantu anda 'boost'kankecantikkan kulit..espcly muka la...maklumla sekarang ni semua nak cepat putih nk kulit licin kan....

Produk yang janjikan macam2 kebaikkan memang banyak sangat di pasaran tapi kne sebagai pengguna kena hati-hati sebab ada di antaranya yang TIADA KELULUSAN KKM dan MENGANDUNGI BAHAN KIMIA MERBAHAYA....Pastikan Label pada supplement dan produk kesihatan anda sesuai dgn penggunaannya ...

Ramai yang dah tau shaklee ade set kecantikkan kulit ...ade macam-macam testimoni berjaya yang boleh di search kt google tu kan...tapi ade juga yang makan set kecantikkan tp lambat nampak hasil. Anda harus ingat yang shaklee ni ialah supplemen ..supplemen ni penambah nutrien dalam badan bukanla ubat untuk merawat penyakit...Jadi keberkesanannya bergantung juga kepada cara pengambilan dan tindakbalas individu terhadap supplement tu sendiri...

Apa yang sy slalu tegaskan kepada semua pelanggan saya...untuk lebih cepat nampak kesan kalo nk amik ape2 supplement skalipun..anda kena detox dlu usus...buang yang kotor-kotor yang dah tinggal lama dalam usus kita tu...InsyaAllah supplemen yang kita makan akan lg cepat menunjukkan kesan positif. Janganla salahkan produk pula ye sebab produk shaklee bukanla ubat untuk merawat.

Nak detox usus? boleh pilih HERBLAX atau ALFALFA....Herblax tak perlu makan setiap hari..Alfalfa perlu makan setiap hari....sy sendiri pelanggan setia ALFALFA hehe..bila makan sebelum tido esok pagi akan berlaku la proses penyahtinjaan dengan jayanya hihihi....Lega bila dh detox ni badan pun ringan je...

Bila usus bersih..penyerapan supplemen lebih efektif ..maka cepatkan nampak kesan ke atas kesihatan kita..InsyaAllah..lagi 1 minum air kosong perlu cukup okay?...dua hingga tiga litre sehari....bawakla botol minuman anda ke mana-mana saja anda pergi ..boleh jimat juga xperlu order air atau beli air mineral ye dak??

ok la till next update ..nak masuk dapur masak nasi goreng ...jumpa lagi ..




Arifa Salleh
SID SHAH ALAM
013 399 4264
nurarsaljis@gmail.com


Thursday, September 18, 2014

Collagen Ribena

Bulan september ni bulan untuk cantikkan kulit sebab ade promosi collagen shaklee yang awesome gile tu...Siapa yang tak try lg memang rugi sgt la...serius saya tunggu anak setahun baru start makan collagen Alhamdulillah walaupun masih breastfeed tapi nampaknya anak saya tiada alahan pada supplemen yang saya ambil termasuk collagen. Bagi sy, collagen shaklee ni collagen terbaik abad ini. Kesan die memang best sgt.

Jujurnya collagen shaklee ni ade bau hanyir ikan..(diekstrak daripada sisik ikan merah) ..Masa pertama kali cuba memang ketara bau hanyir tu tapi bila dah selalu makan dah tak bau lg dah...senang je telan...

Bagi yang tak suka bau hanyir tu , bolehla campurkan collagen ni ke dalam minuman berperisa ..minum yang rasa masam2 sket lagi bagus ...contoh jus oren , epal, mangga , nenas or ape shaja jus...bukan shaja boleh 'tutup' bau hanyir tu tapi jugak tambah vitamin C dalam badan...(vitamin C peransang collagen).

Yang saya selalu buat ialah Collagen campur dengan ribena...sedap jugak dan tak bau hanyir...laju je telan.
Selain jus boleh jugak cmpur dalam susu , MEALSHAKE atau ESP...tapi pastikan suhu air tidak terlalu panas hanya suam2 kuku sahaja sebab kita tak nak collagen tu termusnah oleh suhu air yang tinggi.

okay..itu sahaja resepi n tips sy kali ni....selamat bercollagen...

Wednesday, July 2, 2014

Tips Cepat Kurus Lepas Bersalin

salam...arini nak pot pet sket tips pasal nak kurus cepat lepas bersalin...haaa kalo ikut pengalaman saya sendiri masa mengandung saya naik lebih kurang 17kg berat asal 46kg masa awal2 pregnant turun sampai 43kg lepas tu naik naik dan naik sampai 63kg..kalau kire dari berat 43kg tu maksudnya naik 20kg ..ye 20kg hahaha semangat sangat...dari saiz S kepada saiz M hampir2 ke L ...sume seluar dan baju xblh pakai..lepas bersalin berat tinggal 56kg (betul2 sehari lepas bersalin)...hati mula gusar risau takot berat tak mau turun dan akan terus naik dengan jayanya...masa pantang sy berselera je makan nasi menimbun  (mama letak banyak2 dalam pinggan katanya org tgh pantang xblh tambah nasi huhu) ...tapi berat turun 1kg setiap minggu...abis pantang berat sy 52kg...haaa masih lg xcapai target....risau sgt2 sebab kene beli baju baru seluar baru semua...

hari2 saya search cara untuk kuruskan badan lepas bersalin..sebabnye sy geram tgk baju2 lama saya dah xboleh pakai..kemudian saya terbaca 1 artikel ni dalam bahasa inggeris kalau di trasnlatekan bunyi cmni...'kalau nk kecikkan peha kene berjalan selama 20minit setiap hari sambil tolak anak dalam stroller'...Jadi dengan semangatnye saya tolak anak sy seminggu 2 3 kali round2 kat sekitar taman perumahan ni hihi...Lepas tu bila timbang sy turun lg jadi 49kg ..masih lg belum capai berat ideal...sehinggala satu hari sy demam (sehari je pun) dan xde selera nak makan..pastu berat jd 46kg hahaa sukeee
Tapi lepas tu...berat saya makin menurun sampai sekarang tinggal 43kg je..huhu dah underweight pulak...

Mungkin betul kata orang kalo BF anak mesti badan cepat kurus..tapi ni dah terlebih kurus huhu..sekarang ni aim sy naik capai berat ideal pulak..Oh ya masa tgh badan xcapai berat ideal lg saya kurangkan makan nasi..saya lebihkan makan roti dan sayur2..benda2 yang manis pun saya cuba elakkan...sekarang sy balun semua hehe tapi berpada2 la...lagipun saya memang makan set menyusu shaklee ..tpi set menyusu tak bagi anda cepat kurus tau kalo nak kurus cepat kena add on Lecithin atau Omegaguard.

Kesimpulannya fully BF anak boleh bantu anda cepat lansing seperti sedia kala hehe. Lagi??Okay blh tgk kat cni...

1. Kurangkan karbohidrat seperti nasi gantikan dengan bihun, pasta atau roti
2. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran
3. Minum air secukupnya
4. Elakkan makanan yang manis sperti kek, aiskrim, kuih muih dan sebgainya
5.Amalkan pengambilan protein semasa sarapan 
6. Lakukan senaman ringan seperti berjalan, lari setempat dan stretching
7. Rajin2lah melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu lantai, mengemop, sidai baju dan sebagainya kerana anda boleh hilang banyak kalori dengannya.

Monday, June 30, 2014

Pantang Larang Dalam Menyusukan Anak

Menyusukan anak merupakan detik yang berharga buat ibu dan anak. Terasa nikmatnye apabila dapat menyusukan anak buat kali pertama.Namun ade yang mengatakan menyusukan anak ni 'leceh' sebab anak akan jadi lebih manja, kerap bangun malam untuk menyusukan anak, ibu cepat lapar , ibu harus berpantang dari makan makanan yg sejuk dan berangin dan sebagainya.

Pada pengalaman saya, saya rasa bila kita breastfeed/menyusukan anak terlalu banyak faedah yang kita dapat dari segi kesihatan badan dan kemudahan apabila kita keluar dari rumah. Antaranya badan cepat kurus selepas bersalin dan xperlu hangkut botol susu or flask air panas untuk buat susu anak. Ini sgt2 menyenangkan apabila travel. Dari segi kesihatan pula menyusukan anak boleh mengecutkan rahim kita kembali kepada asal dengan lbh cepat berbanding jika kita tidak menyusukan anak. Ade juga terbaca menyusukan anak boleh elakkan ibu2 dari terkena kanser payudara, rahim dan ovari. Selain tu kt juga dapat pahala berganda jika kita ikhlas menyusukan anak.MasyaAllah byk sungguh kebaikkan menyusukan anak ni kan.

Tapi ade yg ckp ibu menyusukan anak kena pantang makan. Contohnya tak boleh minum teh, tak boleh makan mee, tak boleh makan sayur yang sejuk2 macam timun, kubis, tak boleh minum ais..haaa byk lg sebenarnya kalo di listkan smpai esok tak abis hihihi.

Sebenarnya kalo diikutkan dari segi perubatan TIADA pantang larang yang perlu dipatuhi ibu2 semasa menyusukan anak.Ibu2 boleh makan semua jenis makanan yang tidak memudaratkan. Tapi janganla over sgt melantak kn ape2 pun biarla bersederhana. Kalo anda rasa makan pisang boleh jadi angin n buat perut anak jd kembung maka terjadilah perkara tu. Ingatnye mommies kata2 ibu satu doa ape yg kita fikirkan itulah yg akan terjadi. So think positif jela k.Mungkin ibu2 yang breastfeed anak perlu berhati2 dalam pemilihan makanan ketika anak masih di dalam pantang sehingga 2-3 bulan pertama. 

Kalo sy selalunya suka 'try n error'. Saya ni penggemar aiskrim , xpuas rasa kalo dah lama xmakan aiskirm. Masa auliya 5 bulan saya makan aiskrim yg dalam tupperware tu. Beli sebekas stiap kali lepas makan lunch or dinner mesti makan aiskrim tu. Tup2 2 ari lepas tu auliya demam huhu. Lepas tu die demam lg lepas sy makan aiskrm. So tahu la sy anak sy ni 'allergik' aiskrim hehe. Tapi sekarang bila die semakin besar, sy dah boleh makan aiskrim die dh xdemam lg. Mungkin badan die semakin kuat.Begitu juga dengan makanan2 yang lain. 

Tips saya untuk ibu2 menyusukan anak, MAKAN MAKANAN YANG SEIMBANG. Supplemen tambahan amat2 digalakkan untuk ibu2 yang menyusukan anak.Macam saya cakap sebelum ni menyusukan anak sama seperti kita pregnant dlu. Segala nutrien kita akan dikongsi dengan buah hati kita tu.