Friday, October 10, 2014

Makanan yang selamat untuk anak-anak di bawah 2 tahun

Bila anak dah start boleh makan makanan pejal, hari - hari kena fikir ape yang nak dimasak untuk dia. Sampai kadang-kadang tu tak tahu nak reka menu apa. Alhamdulillah so far anak saya tak memilih terhadap menu makanan. Bagi je ape pun die nak makan sampai kita pulak kena kontrol die makan hehe.

Tapi sebagai ibu bapa , kita mesti tahu makanan ape yang patut anak kita ambil dan juga makanan yang digalakkan untuk si kecil. Makanan segera seperti sosej, kentang goreng, jajan, gula-gula seelok2nya dielakkan atau diberi sekali sekala sehaja. Kita sebagai ibu bapa yang menentukan corak pemakanan anak. Dalam sebuah buku yang saya baca, ia menyatakan bahawa corak pemakanan ibu bapa akan memberi impak yang besar kepada corak pemakanan anak-anak,.

Makanan yang boleh diberikan pada kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah ialah seperti

Sayur-sayuran dan kekacang /kacang.
Buah-buahan
Makanan bijian (bijirin), kebanyakannya bijian sempurna dan/atau pelbagai bijirin serat tinggi, seperti roti, bijirin, nasi, pasta, mi, polenta, kuskus, oat, kuinoa dan barli
Daging dan ayam itik tanpa lemak, ikan, telur, tauhu, kekeras dan benih, dan kekacang/kacang.
Susu, yogurt, keju dan/atau alternatifnya, kebanyakannya dikurangkan lemak (susu dikurangkan lemak tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah dua tahun).








Manakala makanan yang patut dielakkan atau dikurangkan pengambilannya ialah seperti
coklat dan gula-gula
biskut manis, kentang goreng dan biskut masin berlemak tinggi
makanan goreng
makanan berdasarkan pastri seperti pai, roti gulung sosej dan penganan
makanan segera
aiskrim, kek dan hidangan pencuci mulut tertentu
minuman ringan, minuman buah-buahan, kordial, minuman sukan, minuman tenaga, susu berperisa dan air mineral berperisa


Pastikan anak-anak yang berusia 2 tahun ke bawah ini diberikan air masak yang secukupnya. Juga elakkan memberi anak anda susu lembu yang dikurangkan lemak. Kanak-kanak di atas umur 12 bulan yang tidak minum susu lembu atau keluaran susu lembu boleh minum minuman soya yang ditambah kalsium. Susu beras dan oat boleh digunakan setelah berumur lebih 12 bulan jika diperkuat dengan kalsium dan tidak dikurangkan lemak. Pemantauan profesional kesihatan disyorkan.




No comments:

Post a Comment