Monday, October 20, 2014

Cantikkan Kulit Dengan Protein (Part 2)

Selain kolagen, kita juga perlu mengambil protein dari makanan lain seperti ikan , ayam, daging, kekacang dengan kadar yang mencukupi. Ini amat penting kerana protein merupakan makanan kepada sel-sel kita. Tapi jangan berlebihan kerana protein dari haiwan ni boleh membebankan buah pinggang nanti.

Seelok-eloknya ambil protein daripada sumber tumbuhan. Ramai juga yang mula sedar kepentingan mengambil serbuk protein sebagai makanan tambahan seharian (supplemen). Pastikan serbuk protein yang anda minum berkalori rendah, bebas kolestrol, TIADA GULA TAMBAHAN atau pemanis tiruan, dan juga pewarna tiruan. Bahan semulajadi kan lagi bagus.  Antara contoh protein terbaik ialah daripada Whey protein, kaisein (protein susu yang banyak terdapat dalam keju dan product tenusu), putih telur (albumen) dan protein soya. 

Mempelbagaikan sumber protein harian kita adalah satu cara terbaik untuk memastikan tahap kesihatan optimum.Selain tu dapat mengekalkan kecantikkan kulit, melembapkan, memudarkan parut jerawat, mengatasi pigmentasi dan sebagainya. 

Saya dan suami mengamalkan pengambilan protein soya dan whey protein. Bila bersarapan dengan protein , badan rasa ringan dan tak mudah letih ketika bekerja berbanding kalau kita makan nasi lemak , roti canai atau makanan bergoreng sebagai sarapan. Memang perut kenyang tapi cepat mengantuk dan akan rasa cepat lapar.

Selain untuk kecantikkan kulit wajah, pengambilan protein juga boleh bantu kita kawal berat badan tau. Tak rugi melabur untuk kesihatan sebab faedahnya seumur hidup InsyaAllah.













Arifa Salleh
SID Shah Alam
013 3994264
nurarsaljis@gmail.com

No comments:

Post a Comment