Wednesday, March 18, 2015

Susu UHT bagus ke tak untuk anak anda?

Pernah dengar tak Pasturization?

pernah dengar Ultra High Temperature?


Paturization ni ialah 1 teknik untuk mematikan bakteria, dan spora daripada susu lembu yang baru diperah dengan mengenakan suhu yang tinggi pada jangka masa tertentu. Bakteria dalam susu lembu tu boleh membahayakan kesihtan dan mampu membawa maut kepada manusia jika tidak di matikan.

Ultra high temperature ialah suhu yang lebih tinggi digunakan untuk mematikan lebih banyak bakteria dan supaya susu boleh disimpan lebih lama.



Suhu yang biasa digunakan untuk pempasturan (pasturization) ialah antara 70 degree selsius hingga 75 degree selsius selama 15 saat manakala teknik baru iaitu ultra high temperature menggunakan suhu 150 degree celsius selama 5 saat.

Walaupun dikenakan suhu yang tinggi tapi nutrien susu didalam masih wujud. Jadi ianya selamat untuk diminum bukan sahaj untuk dewasa tetapi juga untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas. Namun pilihan yang lebih baik ialah susu organic.


contoh UHT milk imported 

No comments:

Post a Comment