Tapi dalam masa 10 tahun ade juga masa yang kulit saya jadi ok semula tapi tak lama. Dalam beberapa bulan je ok lepas tu jerawat timbul semula. Produk muka dah macam-macam saya cuba dari yang mahal kepada yang murah, produk oversea produk tempatan semua dah cuba. Sampaila saya cuba produk keluaran spa SERI AIDA. Alhamdulillah saya berpuas hati. Mula-mula hanya buat facial sebulan sekali (masa tu dekat nak kawen). Kemudian tergerak hati nak cuba trial pack die masa tu lagi sebulan saya nak kawen. Guna dalam masa seminggu saya dah mula nampak jerawat makin kurang , kulit kurang berminyak dan pori-pori mengecil. Bila dah sesuai saya pun teruskan guna sampai sekarang (dah 2 tahun lebih).
Masa sebelum kawen tu, ramai jugak yang perasan muka saya dah licin jerawat dan parut jerawat dah takde. Paling best lepas akad nikah , masa tgh bergambar, suami sy tegur, eh muka ifa dah ok ek?pakai ape?...boleh pulak tnya masa tgh ambik gambar kan...hehe tp dalam hati ku berbunga riang hahaha. Sebelum kawen sebulan kami xjumpa xkeluar bersama tu yang die tnya tu kot kira mcm transform la kononnya hehehe.
tapi yang saya perasa wajah saya macam tak berapa cerah yela sbb saya tak boleh pakai pencerah selagi jerawat tak ok.Masa pregnant saya hanya guna pencuci muka seri aida je krim2 sume saya malasss sangat nak pakai. Dalam pantang saya guna SET MENYUSU SHAKLEE...seminggu minum ESP saya perasan wajah makin cerah. Asalnya minum ESP untuk banyakkan susu, tapi last-last dapat double tripple bonus
susu meriah, kulit cantik badan bertenaga. Jerawat pun segan-segan nak keluar.
Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang ALLAH bagi sekarang ni, memang semua orang-orang yang pernah rapat dengan saya perasan perubahan besar tu. Jadi, tips saya untuk elakkan jerawat dan kulit kusam ni ialah :
JANGAN TUKAR-TUKAR PRODUK MUKA
Kalau mampu pergi dermatologist itu lebih baik.
CARI FACIAL YANG GUNA PRODUK SELAMAT
Saya suka pergi facial di seri aida sebab produknya memang fokus untuk masalah kulit. Produknya juga berasaskan herba.
ATASI JUGA DARI DALAM
Cuba detoks badan dan ambil supplemen. Supplemen amat membantu menjaga kesihatan badan dan kulit sebab semuanya bermula dari dalam. Contoh kalau makan ESP , ia memperbaiki tisu kulit dan menganjalkan kulit sebab iannya protein. Protein penting untuk kulit.
BERI MASA UNTUK BERSENAM
Senaman dapat meningkatkan pengaliran oksigen dalam badan. Bila berpeluh pori-pori akan terbuka dan dibersihkan secara semulajadi. Tapi lepas bersenam cuci muka dengan bersih dan jangan lap muka yang berpeluh dengan towel yang kotor.
MINUM AIR SECUKUPNYA
Masa kulit muka teruk dulu bergelen-gelen air saya minum dalam sehari, ke toilet pun kerap juga tp saya ade masalah sembelit. Mungkin juga salah satu sebab kulit muka bermasalah ialah bila usus kotor. Saya amalkan alfalfa dan ostematrix serta mealshake , Alhamdulillah dah tak ada masalah sembelit lagi.
Owh untuk yang pergi cari seri aida ni alamatnya :
SERI AIDA CAWANGAN BANDAR BARU BANGI
606-G,Kompleks Diamond,Jalan Medan Bangi,Bandar Baru Bangi,Selangor, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, 43650, Malaysia
+60 3-8210 0878
ini produk trial set..
cantik tak kak ton??
No comments:
Post a Comment