Wednesday, March 18, 2015

Anak berumur setahun ke atas tak perlu susu formula?

Alkisahnye tengah survey susu formula ape yang sesuai untuk auliya sebab tak lama lagi dah nak cerai susu. Ade try susu dutch lady 123 tu kat die...tapi die tak minum lansung ...rugiii je beli huhu...padahal rasa susu tu sedap ke ku minum adehh anak ni pandai tau beza susu fm (formula milk) ngan bm (breastmilk). 

Satu hari terbaca status seorang kawan sekolah lama, die doktor sekarang. postnya cm ni ' hm toddlers dont need to be on formula milk after 1 yr old and can be replaced by whole milk.." dan die ade share 1 artikel dalam blog seorang doktor yang bekerja di Beijing. 

Menurut artikel yang doktor tu tulis katanya, sekarang ni syarikat2 pengeluar susu formula bayi ni banyak keluarkan susu formula yang kononnya menjadi pelengkap nutrisi anak-anak tetapi sebenarnya ia merupakan 1 cara untuk memancing duit dari ibu bapa. Katanya pilihan terbaik ialah dari susu ibu dan susu lembu yang segar untuk bayi 1 tahun ke atas. 


 Katanya lagi, pakar kanak-kanak sering mengadu yang mana susu formula ni mengandungi banyak gula dan ditambah dengan perasa tiruan seperti Vanilla. Kajian dilakukan terhadap sumber susu formula dan susu segar, susu formula ade 7grams gula manakala susu segar ade 5 grams gula shaja. Jadi, kenapa perlu bagi anak minum susu yang boleh memudaratkan kesihatan die? 


Hmm lepas saba artikel dari blog doktor ni, terfikir sekejap, mungkin ALLAH gerakkan hati auliya untuk tak nak minum susu formula sebab susu tu tak bagus untuk kesihatan die. Jadi ibu bapa ni perlu banyak menggali ilmu tambah pulak bila baru ade anak baru berkahwin sebabnye masyarakat kita suka 'ikut tradisi' tak mengkaji sndiri. 

Kalau nak baca lebih lanjut lagi boleh klik link di bawah ni. 
http://www.myhealthbeijing.com/children/toddler-formula-scam-or-savior-in-china/


So tak perlu la ganti ngn susu formula lagipun Auliya dah nak masuk 2 tahun, susu hanya sampingan je. solid food yang lebih penting. 

No comments:

Post a Comment