Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Monday, September 5, 2016

Dah 1 Tahun Tak Update Blog

Assalamualaikum ^_*

Ya Allah ...rindu sangat nk berblog tapiiii..banyak masalah problem yang menyebabkan tak dapat nak update blog selalu mcm dulu.

InsyaAllah lepas ni nak blogging balik. Sekarang AS dh jadi mak anak 2 hehe. Makin busy dengan hal rumah, anak-anak tapi bisnes tetap jalan seperti biasa.




Now anak kedua AS dah berumur 4 bulan dah. Dah pandai meniarap pandai tarik rambut kakak pandai mengamuk hihihi...Paling terkejut bila die dah start nak tumbuh gigi, OMG!!! cepat betul.. penangan mak die makan ostematrix (kalsium) kot :p Kakak die pulak makin banyak cakap dah pandai jaga adik tolong mama die dan sekarang tengah potty training. Alhamdulillah sikit hari lagi dah tak perlu lagi pakai pampers, Yeay!!!!


Ok..Masa dah tamat! hahaha..nanti AS update lagi especially pasal kelahiran Aniq Naufal dan story-story menarik untuk pembaca blog AS. Till next update...

Tuesday, September 8, 2015

Tempat Kedua Segmen Raya Bersama Mamamyja

Assalamualaikum Readers ku yang cantik-cantik dan handsome-handsome

Agak lama jugak AS tak hupdate entry blog disebabkan ke'buzy' an yang melanda dan kesihatan yang agak turun naik huhu

Harini rasa semangat sudah mula menyala-nyala haha sebabnya 2 hari lepas AS dapat tahu AS menang segmen raya bersama Mamamyja,,, Alhamdulillah,,,1st time AS menang Segmen,, eh 1st time ke ek? Sebelum pernah la blog tersenarai dalam bloglist tuan rumah segmen yang AS join tapi kali ni dapat hadiah tu yang macam eksaited tu hehehe


Tak sabar tunggu hadiah sampai,,,,suami AS siap perli2 lagi die kata menang kereta ke? ,,,nyampah tau menang betul karang baru ternganga awaok!!


nanti hadiah tu sampai AS hupdate kt korang ye :)

Sementara tu boleh korang nk melawat blog Mamamyja kot2 ade segmen lagi ke kan?

Hmmmm AS pun teringin nak buat giveaway agak2 ramai tak nak join ek??

Wednesday, August 26, 2015

5 Cara Elak Stress Semasa Dalam Pantang


gambar dari google 


Berpantang merupakan satu cabaran untuk ibu-ibu. Dalam tempoh berpantang ibu-ibu tak boleh keluar rumah, tak boleh buat kerja rumah, tak boleh itu tak boleh ini. Dah namanya pon berpantang kan, mestila banyak benda yang tak boleh buat hehe. Namun ramai juga yang mengadu stress ketika berpantang. Stress waktu berpantang memang tidak digalakkan kerana ia bakal mengundang penyakit meroyan yang boleh efek kesihatan mental ibu-ibu. Apa cara untuk ibu elak stress ketika berpantang?

1. Banyakkan berzikir untuk menenangkan jiwa (bagi muslim)
Berzikir dan mengingati ALLAH s.w.t dapat menenangkan jiwa. Walaupun tidak boleh solat tetap ibu-ibu berpantang boleh berzikir dan berdoa.


2. Jaga makan dan minum ketika berpantang 
Masih ramai yang mengikut cara orang dulu-dulu berpantang, contohnya makan nasi dengan ikan bilis dan ikan masin tak makan sayur dan sebagainya. Sebenarnya, waktu berpantang ialah waktu untuk kita mendapatkan nutrien yang seimbang dan mencukupi supaya badan ibu cepat pulih seperti sediakala. Waktu ni juga amalan makan supplemen (yang tidak memberi kesan kepada bayi) amat digalakkan.


3. Cari masa untuk berehat
Ibu-ibu harus beri ruang pada diri sendiri untuk berehat. Tak semestinya dengan cara tidur sahaja, ibu ibu boleh luangkan masa dengan mendengar muzik atau ayat Al-quran , menonton TV, membaca dan sebagainya.


4. Berfikiran positif
Ibu-ibu harus berfikiran positif walau ape jua keadaan. Bila kita fikir yang baik-baik , InsyaAllah yang baik-baik sahaja datang pada kita.


5. Nikmati waktu berpantang dengan rasa syukur
Tidak semua wanita dapat merasai anugerah ini.Berpantang bukan sahaja merapatkan ibu dan bayi tetapi juga mengeratkan silaturrahim. Nikmatilah waktu berpantang dengan rasa syukur kerana waktu berpantang ini banyak melibatkan hubungan kita dengan suami dan keluarga terdekat.


dari kacamata Arifa Salleh...:)

Monday, August 24, 2015

~My Inspiration~

Assalamualaikuml

Selamat kembali bertugas kepada mereka yang bekerja

Harini mood tulis blog start dari tengah hehehe

Ade yang tengah melayan syndrome "Monday Blues" ke? 

Meh kita baca success story dari pengusaha butik muslimah yang terkenal (Bellaamara)

AS sangat kagum dengan pengusaha butik ni, both husband and wife sangat humble tapi sangat kaya jugak (doakan AS lebih kaya dan berjaya dari mereka)

Dah banyak kali baca success story mereka sebab rasa besttt sangat

AS jadikan inspirasi untuk AS berjaya walaupun mungkin bidang kami berbeza, yela dieorg meniaga pakaian AS meniaga supplemen kesihatan tapi boleh juga di jadikan pembakar semangat untuk terus melangkah mencapai cita-cita :)



Assalamualaikum
Dengan dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Hujung minggu ini 29hb Ogos 2015 (Sabtu) merupakan pembukaan rasmi pembukaan butik ke-5 saya Bella Ammara di Johor Bahru. Alhamdulillah kuasa Allah itu sungguh besar. Sambil memandang susuk tubuh bangunan di Bandar Baru Uda, JB ini. Terkenang kisah 3 tahun lepas. Nak beli burger untuk Belle (now dah jadi wife) pon tak mampu. Sesak.
Bulan Julai 2015, genap 3 tahun penubuhan Bella Ammara. Dari 9 pasang telekung sebulan pada Julai 2012 sehingga ke sekitar 10,000 pasang koleksi jubah dan telekung sebulan hari ini. Selama 3 tahun saya keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Bagaimana dan kenapa saya bermula? Ini saya, cara saya dan tulisan saya. Baca dan fikirkan. Mana tahu perkongsian saya ini dapat memberi sesuatu kepada anda.
2010-2011. Saya bermula dengan mengkaji sendiri 'asas-asas pembentukan wang di dunia' semasa saya bekerja as a chemist di makmal kimia di Nilai. Sebagai seorang Chemist - Google, buku, blog dan youtube adalah kawan-kawan baik saya. Dari Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan Micheal Maloney saya telaah hasil kajian mereka. Kimia mengajar saya untuk buat kajian dahulu sebelum lontarkan sesuatu konklusi. Dalam 1 tahun saya mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia, dan saya sedar, kita semua telah banyak ditipu. Dan saya sedar 99% manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit. Saya mulai takut & gentar. Saya nekad untuk berhenti kerja kerana saya rasa makin lama saya kerja makan gaji, saya akan jatuh miskin. Sebab saya jumpa INFLASI (kejatuhaan nilai duit) di Malaysia melebihi 15% setahun. Ini susah untuk diterima akal sebab di media massa sentiasa mengatakan ekonomi kita amat stabil.
Nekad.
Saya berhenti.
Cuba cari jalan berniaga.
Tapi, tak jumpa.
Setengah tahun saya tak punyai kerja. Tiada wang. Kereta Perodua Kenari kena tarik. Belle ajak keluar nak makan pon saya tak mampu nak bayar. Masak nasi kosong berulamkan petai, janji makan tidak melebihi RM5 sehari. Setengah tahun hidup terdampar di rumah memberi peluang kepada saya berkawan rapat dengan dunia internet penuh ilmu. Setengah tahun saya belajar bagaimana untuk menjadi usahawan seperti orang yang berjaya lain. Alhamdulillah dengan ilmu yang saya ada, terima kasih kepada pihak bank menerima saya untuk memberi saya peluang berniaga menjual emas. Target jualan, 3KG emas sebulan. Kalau tak lepas target, kena buang. Tersedak!
Tetapi saya nekad juga untuk join Bank. Saya join banking sector sebab saya nak tau apa yang bank buat. Dalam kajian saya - 'Banking System' adalah satu sistem penipu terbesar di dunia. Mereka yang menyebabkan kita makin susah hari demi hari. Saya menyertai bank sebagai 'Gold Salesman/tradder'. Kerana dari tamadun Yunani sehingga ke zaman sahabat-sahabat Rasulullah dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di kerajaan Islam Tukey menggunakan emas & perak sebagai duit. Kita kena pandai beza apa itu duit dan matawang. Matawang yang dalam dompet kita. Kertas berconteng yang makin jatuh nilainya. Duit tidak akan sesekali jatuh nilai. Saya gali isi bank sampai Saya jumpa sistem mereka - 'Fractional Reserve System'. Sistem dimana mereka mencipta duit tanpa pengetahuan kita. Makin banyak duit yang dicipta, makin jatuh nilai duit itu dan makin miskinlah kita. Saya cuba kerja sampai saya capai matlamat saya - No.1 Gold Trader di bank tersebut. Walaupun saya capai, duit untuk bayar itu ini tetap zero sampai hujung bulan. Saya harus berubah. Nekad. Saya fikir saya harus ubah diri saya sebelum saya ubah pemikiran orang lain.
July 2012 saya bertunang dengan kos hanya RM60 sahaja. RM60 digunakan untuk membeli buah, itu je yang mampu. Dan 5 bulan (Disember 2012) selepas itu adalah majlis perkahwinan saya. Duit untuk kahwin? Minta maaf saya cakap, betol zero. Kerana saya percaya Allah SWT itu maha berkuasa. Saya nak bina masjid, Allah pasti akan tunaikan. Saya teruskan dan sentiasa letak Allah sentiasa no 1 di hati. Allahumma yaasir wala tu’assir, Allahumma yaasir wala tu’assir. Dan saya berpegang kuat pada kata Rasulullah SAW dimana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Saya lihat bangsa saya? Rupanya bangsa asing lebih percaya pada kata Rasulullah SAW berbanding bangsa saya. Dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah SWT saya cuba! Cuba berniaga. Saya bermula dengan pinjam duit mak saya. RM1,000 untuk membuat 9 pasang telekung berwarna dengan tunang saya Belle. Kenapa pinjam mak dan bukan loan bank? Sebab saya pernah kerja bank dan sumpah demi Allah saya tak suka loan bank. Most of loan bank melibatkan 'interest/riba' dimana riba itu salah satu dosa terbesar di sisi Allah. Tak ada dosa lain yang Allah SWT istihaarkan perang terhadap hambanya. Allahumma inni as'aluka ridhaka wal jannah wa a'uzu bika min sakhatika wannar. Jauhkan lah dari kemurkaan Allah SWT. Saya nak berniaga kenapa saya nak murkakan Allah? Saya tolak riba. Saya pinjam duit mak.
Saya percaya kuat pada kuasa Allah SWT. Saya mula cuba jaga solat saya, sedekah saya, kerana sedekah itu penambah rezeki. Alhamdulillah dari RM1,000 duit mak saya + jujur + sedekah + ingat Allah the only one yang bagi rezeki, saya boleh kawin menggunakan duit saya sendiri Alhamdulillah, Alhamdulillah tinggal bersama isteri di kediaman yang alhamdulillah selesa bersama kucing-kucing binatang kesayangan Rasulullah, dapat membantu keluarga mendapat duit lebih dengan penubuhan jenama OSRA dan Pudore, Alhamdulillah dapat buka butik sendiri Bella Ammara di Setapak, Shah Alam, Bangi, Sungai Petani dan insyaAllah hujung minggu ini di Johor Bahru dan juga dapat menanam sifat ingin berniaga dikalangan rakan-rakan saya yang lain.
Mungkin ini baru 3 tahun. Jauh lagi perjalanan hidup saya. Tapi fikirkan lah. Dari 9 pasang telekung sehingga ke 10,000 pasang koleksi-koleksi hari ini. Apa yang saya nak sampaikan. Dunia kita ini makin teruk. Ekonomi kita ini makin teruk. Ketua-ketua kita hari ini juga makin teruk. Saya yakin, selagi harapkan duit gaji tiap bulan, kita akan menjadi makin susah hari demi hari kerana kadar jatuh nilai duit kita semakin teruk. Lihatlah nilai duit kita hari ini? Saya dah jangka dari tahun 2010 lagi saat ini akan terjadi. Keluarlah dari kehidupan 'hanya makan gaji' & carilah duit lebih kalau bukan untuk diri, carilah untuk bantu orang lain. Usaha dan ingat! Allah pasti akan bantu. YaAllah dialah pemberi segala rezeki di bumi ini. Saya harap suatu hari nanti dengan rezeki yang saya dapat, saya dapat bantu sesiapa yang memerlukan. Semua yang saya ada ini adalah milik Allah. Bella Ammara itu juga hak milik Allah, saya cuma pinjam untuk melaksanakan tugas yang Allah amanahkan kepada saya.
Ingat. Hanya Allah yang bagi rezeki. Bukan boss atau customer kita. Kalau rezeki sentiasa sangkut, cuba fikir balik hubungan kita dengan Allah SWT dan jujurkah kita semasa mencari rezeki Allah SWT?
Hari ini Alhamdulilah. Saya mengetuai 10 syarikat dan mempunyai lebih dari 50 orang staff. Masih berjaya tidak lakukan loan bank dan tidak mempunyai kad kredit. Masih kuat percaya kuasa ALLAH SWT.
Carl Samsudin, 28
**Berminat untuk menyertai this September United Kingdom caravan trip bersama saya + business talk dari saya boleh hubungi ---> 012-2237104 (Sheila). InsyaAllah saya akan cuba curahkan segala ilmu yang saya ada.
ALLAH NO 1

dicopy dari FB: Carl Samsudin

Wednesday, August 19, 2015

Isu DNA Lembu dalam susu formula anak-anak

Isu yg dh lama jugakla kan tapi terasa nak bagi comment sket pasal isu ni.

Well semua orang tau khasiat dan kebaikkan susu ibu tapi tak semua orang bernasib baik boleh bagi susu ibu pada anak mereka.

I just happened tht takde or tak cukup susu badan. Sometimes ibu-ibu terpaksa jugak bagi anak minum susu formula yang lazimnya daripada susu lembu. Ade jugak yg bagi susu dari soya dan susu kambing.

Pada AS kalau dah ditakdirkan selepas kita usaha still susu tak ade utk bagi kt anak, maka redha jela. Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk anak kita dan diri kita sendiri.

Pasal isu DNA tu macam tak berapa nk kena sebab kalau kita berbalik kepada Al quran , Allah s.w.t pun tak pernah melarang kita minum susu dari haiwan macam lembu, kambing, unta dan sebagainya. Perilaku anak kadang-kadang bukan sebab susu tapi persekitaran die sendiri. Bagaimana ibu bapa mencorakkannya itulah die.

Ibu bapa yg tak dapat beri anak minum susu ibu janganla terasa hati ke ape yang penting kita dah usaha nk bg susu terbaik untuk anak-anak kita. Yang berjaya menyusukan anak pulak jangan lah terlalu sombong dan pandang hina kat mereka yang tak dapat berbuat demikian. Rezeki itu dari Allah kalau die nak tarik sekelip mata die boleh tarik.

Wallahua'lam

Kalau anda perlu panduan mengenai susu ibu dan SET MENYUSU yang tengah hot sekarang boleh klik SINI.

Friday, August 14, 2015

Urutan muka mampu buat muka nampak muda







Mungkin ramai tak tahu, urut muka boleh menganjalkan dan meremajakan kulit muka kalau dilakukan dengan kerap.

Tapi AS sendiri pun jaranggg sangat urut muka sendiri. Kalau pergi facial tu barulah merasa muka ni di urut. Urut muka sendiri 1 benda agak leceh sket la kan (leceh sebab tak amalkan huhu) kalau dah biasa buat mesti rasa rajin je nk urut muka.

AS terbaca dari 1 blog ni , katanya urutan muka paling sesuai dilakukan masa baru bangaun tido sebab time tu muka mengeluarkan minyak jadi senang untuk kita urut muka time tu.







Lepas ni nak cuba amalkan urut muka at least seminggu skali. Urut muka juga boleh melancarkan aliran darah sekitar mata, hidung dan kepala. Arifa!! silalah rajin mengurut muka lepas ni ye hehehe.



Tahniah Adik Ipar & Biras

Minggu lepas, selamat sudah adik ipar AS bertukar status menjadi suami orang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...tapi AS rasa mcm tak pijak tanah, rasa macam tak cukup masa, banyak pulak benda yang tak dapat buat. Huhuhu

Actualy AS tak balik Shah Alam selalu so bila dah balik tu selalunya memang banyakla program yg di listkan. Dah niat awal-awal nak pergi cari satay minang kat kt bandar baru bangi ala kat pasar malam seksyen 16@1 tu. AS sukaaa sangat satay minang tu. Mabeless uolss...tapi dek kerana tak sempat, maka terpaksa batalkan niat nak makan satay minang. Allah sampai ke arini duk terasa rasa nak makan hahaha

Mengidam kah? erkkk tak kot....

moh kita layan picture pengantin baru ni....SELAMAT PENGANTIN BARU !!!!












pic pengantin xdapat nak snap banyak sebab hp punya bateri sgtlah ciput. Ni pun yang dari kamera orang lain huhu. Hantaran punya gambar pun tak sempat nk snap..huwaaaa...teringin nk tgk hasil tangan sendiri dalam gambar hehehe.

Wednesday, August 5, 2015

Tips pilih foundation (bedak asas) yang betul

hai lovely woman out there! ecehh cakap omputih AS arini hehe. Arini nk share something yang special untuk wanita-wanita gojes. Korang pernah tak tersalah pilih/beli foundation? kalau pernah kita geng!

Banyak kali jugak AS tersilap beli foundation dan compact powder. Masa kat kedai macam sesuai bile balik pakai dah macam tepung komak pulak ropenye huhu. Untuk tak nak tersilap beli , maka AS pun buat research (konon) sket pasal tips untuk dapatkan foundation yang betul-betul ngam dengan kulit kita.

Untuk mencari foundation yang sesuai, kita patut try dulu foundation tu kat muka kita. Cari kedai yang ade letak botol tester untuk kita cuba. Paling bagus terus apply di muka. Tapi majoriti orang kat Malaysia ni tak buat gitu. Cara lain ialah kenal pasti tona kulit kita ni jenis ape; warm @ cool

Nak kenal pasti tona kulit jenis warm@ cool? cuba tengok urat di pergelangan tangan kita




Haa ...dah tau tona kulit masing-masing?. Lepas check tona kulit , kita check pulak kulit kita jenis macam mana?

Kering

Berminyak

Combination

Berjerawat

Mature 


Kulit kering - cari foundation yang ade letak moisturiser skali supaya kulit tak kering lepas bermekap atau boleh juga sapu primer/pelembab sebelum mengenakan foundation, kulit jenis ni juga boleh menggunakan foundation yang berasaskan minyak, selalunya liquid dan stick foundation sesuai utk jenis kulit ini

Kulit berminyak&berjerawat- pilih foundation jenis oil-free foundation atau powder foundation dan mineral foundation kerana ia menyerap minyak, kalau jenis berjerawat cari foundation yang ade kandungan salicylic acid untuk mengurangkan kemerah-merahan

Kulit Mature/matang- guna foundation yang ade bahan anti-aging yang tinggi, selalunya jenis powder foundation dan mineral foundation sesuai untuk kulit ini


ni AS tunjukkan contoh-contoh liquid , mineral dan powder foundation kot-kot ade yang confius ke kan


liquid foundation


mineral foundation

powder foundation



Petua untuk beli alat makeup

kalau nak budget  beli barang makeup boleh tapi jangan beli foundation yang murah, belanja lebih sket untuk foundation dan jimat untuk produk makeup yang lain , itu lebih berbaloi sebab tujuan kita makeup untuk nampak kulit flawless, cerah tanpa cela kan? 

Tu ade sorang makeup artis mat saleh kabor ke AS hehehe

Nanti AS story cara nak apply foundation dengan betul pulak ye :)






Monday, August 3, 2015

Happy Birthday Nureen Auliya

Alhamdulillah...cepat betul masa berlalu...pejam celik dah 2 tahun umur anak dara AS ni...Dari keluar ke dunia sampai la arini memang AS yang jaga. Ya Allah syukur sangat atas rezeki ini. Budak 2 tahun ni dah selamat wean off aritu (2 minggu sebelum date birthday). Alhamdulillah dalam masa 2 hari , die dah tak mintak shushu dah walaupun kadang-kadang tu macam saje-saje nak tengok (gataiii).

AS hanya letak sikit air halia pada puting payudara, bila die isap die sendiri kata 'tak sedap' huhu. Kesian jugak kat die tapi kena kuatkan semangat cekalkan hati. Orang kata kalau kita dah niat nak wean off tu kena buat betul-betul kalau tak nanti tak jadi , dia tau mak die ni acah mat labu je (tipu-tipu je) hehehe.

Rezeki juga dapat menyusukan die sehingga 2 tahun. Alhamdulillah asalnya, AS ade masalah susu tak banyak tetapi berkat usaha dan doa berjaya juga menyempurnakan penyusuan sampai anak berusia 2 tahun penuh.

Ape yang AS lakukan sampai berjaya fully breastfeed auliya? AS lakukan power pumping sekitar jam 5 pagi selama seminggu lebih kurang (waktu tu auliya berusia sebulan setengah) di samping mengamalkan supplemen SHAKLEE. Alhamdulillah lepas amalkan supplemen dan power pumping selama lebih kurang sebulan AS berjaya fully breastfeed auliya sampaila die 2 tahun.

Menyusukan anak secara esklusif ni sangat banyak kelebihannya bukan shaja untuk kesihatan anak dan IQ anak tetapi juga untuk kesihatan ibu. Lagi 1 , perbelanjaan untuk susu anak pun sangat minimal. Tak perlu beli susu formula 2 minggu skali. Untuk bakal-bakal ibu, niatlah untuk menyusukan anak sampai 2 tahun Insya'Allah , Allah bantu kita untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak kita.

Dah masuk 2 tahun ni, banyak jugak vocab baru si auliya ni. Dari umur setahun lebih die memang suka bercakap (dalam bahasa die la). Pantang bagi phone mesti rancak je sembang. Tapi entah ape yang diceritakan kita pun tak tau..layannn jela...hahaha.

Ramai yang tanya AS, bila nak tambah sorang lagi. Dengan senyuman manis ku jawab, Insya'Allah doa2kan ye :)...

Jom kita layan picture budak 2 tahun ni ...



Tak sabo nk makan kek 

haha mama main curah je coklat ganache atas kek 

Happay birthday sayang !! ^ _*

Thursday, July 30, 2015

Segmen Raya Bersama Mamamyja


Kali ni join segmen dengan MAMAMYJA pulak hehe.

Nak dijadikan cerita baju raya tahun sebenarnya half baru half recycle hehe. Baju lace tu baru tapi kainnya AS recycle kain time nikah dulu. Alhamdulillah boleh pakai lagi hehe. Lace grey tu beli kat jakel time ade sale bulan bila entah AS pun dh lupa. AS beli lace tu terlebih meter , makanya buatlah sekali baju untuk si kecik tu huhu. Si Abah, beli dh siap je senang hehe. 

Jom ramai2 join segmen ade hadiah best...  :D
All the best untuk yang join...

Monday, July 27, 2015

Segmen Blogwalking Selepas Raya

Haa masih lagi dalam mood raya...jom la join blogwalking raya...xdapat berkunjung ke rumah kawan2 blogger dapat singgah blog pon jadi le ye dak? hehehe




Klik sini pastu boleh join segmen ni. Syarat-syaratnya senang aje.

Admin segmen ni suruh tulis perkara yang tak boleh lupa masa hari raya tempoh hari. Ermmm ape ek? Haa perkara yang AS tak boleh lupa ialah tengah syok-syok masak (untuk open house kat rumah opah) tetiba gas habissss!!!...huwaaaa....masa tu gas spare baru je di pinjam pakcik yang nak masak kat rumah opah. Nasibla mama AS ade dapur yang portable tu (yg guna methane ke butanne gas entah).Akhirnya sempat jugak siapkan juadah open house. Alhamdulillah hehe


Jiha Hashim jom join segmen ni.....^_*

Friday, July 24, 2015

Raya 2015


SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA PEMBACA BLOG INI

Mohon ampun dan maaf andai kata-kata dalam post di blog ini ade mengguris hati kalian

Semoga kita semua meraikan hari raya dengan penuh kesyukuran

p/s: raya-raya juga makan kena jaga jangan tambah lemak di hari raya okayy!!





Family foto...Tahun ni theme suka hati kau lahh..haha kami je pilih kaler grey/silver...



Dengan bola pun bola laaa..asalkan mau duduk diam...huhuhu


Selamat hari raya semua!!!


Monday, July 6, 2015

10 Malam Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum

Hai semua ...Alhamdulillah pejam celik dah tinggal 10 hari je lagi untuk kita berpuasa di bulan ramadhan kareem ni. Allah...sedih dan sayunya bile ramadhan dah nk berakhir kan.
Bile dah tinggal 10 hari lagi ni, cepat-cepat check balik amalan-amalan kita. Tak nak ke pahala yang berlipat ganda...tak teringin ke nak rasai kebaikkan malam lailatulqadar?

Mudah-mudahan kita tak sia-siakan peluang yang ALLAH s.w.t bagi ni. Gunalah sebaik mungkin untuk mencuci dosa dan mohonla ape saja yang dihajati.

Pesanan untuk diri sendiri dan readers semuanya. :)



Tuesday, June 23, 2015

Sedekah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah masuk hari ke 6 kita berpuasa. Diharapkan semuanya tengah enjoy menjalani ibadah berpuasa. Bukan enjoy kat bazaar ramadhan je tau tapi enjoy terawih, enjoy solat-solat sunat, bangun qiam membaca Al- quran dan sebagainya. Dalam bulan puasa ni amat terbaik sekali kalau kita dapat gandakan ibadah kepada Yang Maha Esa.  Bayangkan pahala amal ibadat kita digandakan dalam bulan ini. Best kan? dalam bulan ni tau ade "special promotion" untuk kita.

Salah satu ibadah yang ditekankan dalam bulan ni ialah sedekah. Allah s.w.t dah janji kalau kita sedekah, DIA akan gandakan rezeki kita. Jadi bila bersedekah di bulan puasa ni agak-agak berapa kali lipat pahala dan rezeki yang akan Allah bagi? MasyaALLAH pasti hebat ganjaranNYA, Dia Maha Kaya.

Jadi kawan-kawan alam maya sekalian, mulai harini jom kita amalkan bersedekah tak kisah sedekah duit ke, sedekah makanan ke, sedekah kudrat ke (tolong orang dan sebagainya) yang penting setiap hari kita memberi (sedekah). Mudah-mudahan amalan sedekah ni kita lakukan terus memerus walau bukan di bulan ramadhan.

Surah Ali Imran, ayat :92. 
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. dan apa saja yang kamu nafkahkan Maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya.

setuju dengan ayat ni, nk sedekah xpayah tunggu kaya, bila-bila pun boleh. 


selamat berpuasa ^ _^



Saturday, June 20, 2015

8 Langkah untuk wanita hamil berpuasa dengan ceria

Assalamualaikum.

Terlebih dahulu nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-mubarak buat semua pembaca blog Arifa.Salleh (AS).

Kali ni , AS dapat request daripada seorang customer yang nak tips untuk berpuasa bagi wanita yang sedang hamil. Ibu-ibu hamil anda harus ingat ye, Islam menggariskan supaya kita berpuasa tetapi dalam keadaan tertentu kita boleh berbuka puasa. Contoh jika kita hamil dan rasa tak sihat atau bimbang kesihatan anak dalam kandungan makan diharuskan kita berbuka puasa. Jangan terlalu stress tentang hal ini k, kalau sepanjang ramadhan kita tak sihat pon tak pe kita dibenarkan untuk tidak berpuasa. jika kita mampu nanti gantila puasa dan bayar fidyah.

Pertama yang anda kena check ialah berapakah usia kandungan ,kalau dalam 1st trimester dan anda rasa anda sihat maka boleh berpuasa selalunya bila trimester ke 2 dan ketiga tiada masalah untuk berpuasa tapi untuk lebih kepastian rujuklah pakar perbidanan atau doktor sakit puan anda.


8 Langkah untuk ibu hamil berpuasa

1. Pastikan kandungan air dalam badan mencukupi. Macam mana nk tau? lihat air kencing and, kalau warnanya terlalu pekat dan berbau tu tanda kurang air dan dikhuatiri akan terkena UTI (urinary tract infection)

2. Kurangkan aktiviti yang menggunakan lebih tenaga contohnya berjalan kaki terlalu lama, mengagkat benda berat, shopping berjam-jam (eh? joking ) ,kerja-kerja rumah especially utk ibu yang berkerja

3. Pastikan cukup pengambilan protein seharian. Protein penting untuk pertumbuhan baby, make sure korang makan protein secukupnya.

4. Elakkan makanan dan minuman yang manis sebab nanti gula dalam darah naik mendadak dan akan turun mendadak menyebabkan kita selalu lapar.

5. Elakkan juga minuman bercaffein kerana caffein akan menarik air keluar dari badan.

6. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahn untuk mengelak dari sembelit.

7. Berdoa semoga dipermudahkan ibadah disamping hamil.

8. Jangan skip sahur, Lewatkan waktu bersahur (jangan bersahur sebelum tido) supaya tenaga dari makanan yang dimakan dapat dibekalkan pada waktu siang.

Berpuasa dengan SET HAMIL SHAKLEE

Bagi yang sedang menggunakan SET HAMIL shaklee , tahniah AS ucapkan sebab dah buat keputusan bijak. Yang belum cuba better dapatkan set hamil shaklee secepatkan mungkin sebab ade 5% diskaun untuk member price. Ye kita charge member price dan dapat pulak 5% diskaun. best ke best? Bukan tu je :


  • Keahlian percuma seumur hidup
  • Percuma sebotol Vitalea Iron Complex ( RM94) 
  • Percuma konsultasi dari Arifa Salleh hehe (untuk yang beli dengan kite je)

 Set Hamil Shaklee lengkap dengan:
  • ESP
  • Vitalea Iron Complex
  • Ostematrix
  • B complex
  • Omegaguard
  • Vitamin C

Tambah protein dengan ESP, Bagi tenaga dengan Vitalea, Cegah sembelit dengan Ostematrix...pendek kata set ni sangat lengkap untuk ibu mengandung tak kira dalam bulan puasa atau bukan bulan puasa. Jom baca testimoni mereka. 












Diharapkan tips ini dapat membantu ibu-ibu hamil berpuasa dengan ceria dan jayanya. InsyaAllah.
Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh hubungi AS k..



Arifa Salleh
COD area Desaru, Bandar Penawar, Pasir Gudang, Kota Tinggi dan sekitar
Poslaju ke seluruh malaysia
013 3994264
nurarsaljis@gmail.com

Tuesday, June 9, 2015

Family Day @ LEGOLAND

Assalammualaikum..

Diharapkan semua yang singgah di blog ini sentiasa diberikan kesihatan yang baik, kaya dan berjaya dunia akhirat. Terima kasih tau sebab sudi singgah blog AS yang serba comel ni ( hik3 perasan).

Jumaat lepas 5hb Jun , kami sefamily dapat tiket percuma untuk stay dan masuk all park di LEGOLAND, Nusajaya. Alhamdulillah lepas hajat nk stay hotel 5 star hehe...Walaupun hanya satu malam tapi syukur sangat dah sebab 1 bilik di Legoland hotel harganya antara RM900-RM1000.



jumpa kawan..kakak khalisya...


Bilik die ade nama lain-lain; Pirate, Kingdom dan Adventure theme. Bilik sama tapi dekorasinye berbeza ikut tema bilik tersebut. Setiap bilik boleh muat 2 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak. Katil kanak-kank diasingkan dari katil orang dewasa. Syokkan?? hehehe

Dalam bilik disediakan lego dalam 1 box untuk anak-anak main. Memang hotel ni sesuai untuk family yang ade anak kecil. Masuk ke dekat lobby hotel , terus ade tempat untuk budak-budak (dan mak bapak budak) bermain lego.

ni lah bilik kami, Pirate Deluxe...depan pintu pun ade picture tengkorak..auliya cakap 'akutt'



Sinki ade 2 , 1 untuk adult 1 untuk anak-anak2


Ade pulak hadiah misteri yang disimpan dalam kotak harta karun (lupa amik picture kotak tu) tapi cara untuk bukak kotak harta karun tu ialah dengan menjawab beberapa soalan yang diberikan dalam 1 helai kertas. Jawapan perlu dicari di dalam bilik tu sendiri. best kan?Hadiahnya of coz la brg2 lego. Abah auliya awal-awal dah simpan dalam beg die.pffftt.


Breakfast kat cafenya pun sedap dan memuaskan. Banyak sangat pilihan makanan. Naik semput AS makan breakfast pagi tu sebab semua pun rasa nak makan hihi. Banyangkan nasi tomato dengan ayam masak merah pepagi buta? dahla AS ni memang peminat nasi tomato. huhuhu.  Lagi 'best' 1 biji vitamin pun tak bawak. Bertuah sungguh kan. Mulala rasa bersalah kat perut sebab masuk macam-macam makanan dari sebelum check-in hotel sampai la esoknya. Balik je rumah telan Herblax 3 biji untuk clearkan usus.


Masuk je Legoland themepark, hujan turun. Tapi kami teruskan je jalan hujan rintik-rintik sekejap je masa tu. Kesian auliya banyak game yg die tak boleh main sebab tak cukup tinggi hehe. Besar sikit lagi baru best bawak die pergi outdoortheme park. Masa nak masuk waterpark pulak, hujan turun selebat-lebatnya siap guruh lagi. WAterpark ditutup sekejap sampai hujan reda. Dekat 30minit jugak kami tunggu hujan reda lepas tu bermula sesi tak nak keluar kolam huhu.





Sharul Shiro dan Man Posmen artis jemputan untuk Dinner pada malam tu.

Rock yooo!!!! 


Tema untuk dinner malam tu is ROCK GALA NIGHT. Jenuh jugak nak padankan baju yang sesuai. Nak beli jacket jeans tapi alaaa bila pulak la nak pakai nanti. Last-last pakai je la blouse animal print dengan sua jeans kilat (pinjam adik punya) plus tudung neelofar kaler hitam ( ori ok! ahaks). Asben pulak beriya siap key n accessories bagai hahaha tak pelah skali skala. 


Apa-apa pun rasanya we all had so much fun kat sana because it is the first time kami bawak auliya pergi tempat camtu. Besar sket lagi mesti die lagi excited. Penat tu tak payah cakap la memang esoknya tu tiga-tiga beranak tido tak henggat dunia hahaha.


Jarak terbaik untuk tambah anak

Ade orang kata bila jarak anak pertama dan anak kedua setahun atau kurang , ianya lebih memenatkan sebab anak pertama masih belum puas mendapat belaian ibu sepenuhnya. Kadang kala terjadi tantrum yang menyebabkan anak pertama tadi cuba mengasari anak kedua yang masih bayi. Hmmm perkara ni selalu dan mungkin pernah terjadi pada diri kita mahupun keluarga terdekat kan?
Jadi bilakah sepatutnya jarak tahun yang sesuai untuk tambah anak?

Daripada pembacaan AS, sebenarnya tiada jarak tertentu yang sesuai untuk tambah cahaya mata. Jarak yang sesuai untuk kita tak semestinya sama dengan orang lain. Mungkin keluarga lain lebih sesuai menggunakan jarak setahun seorang daripada kita yang mengambil jarak 3 tahun seorang. Menurut islam sndiri juga tiada menetapkan waktu-waktu spesifik untuk tambah anak cuma yang diberitahu di dalam Al-quran ialah untuk menyusukan anak selama 2 tahun jika kita mampu.
Banyak perkara juga perlu kita nilai apabila kita berhasrat untuk menambah ahli keluarga. Tetapi setiap keluarga  mempunyai perkara yang berbeza untuk di nilai. Contohnya soal Duit. Ade keluarga ynag mementingkan soal ini tapi ade keluarga yang tidak memandang duit sebagai salah satu masalah. Pasti Ibu bapa yang berpendapatan rendah atau sederhana cukup risau akan hal ini kerana untuk membesarkan anak, ribuan ringgit setahun diperlukan. Namun jangan pula kita terlalu risau pasal tak cukup duit bila bilangan anak bertambah kerna ALLAH dah siap sediakan rezeki untuk mereka.Firman Allah S.W.T bermaksud '“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka.” (Surah AlIsraa' Ayat 31).


Ade juga yang perlu mengambil kira soal tahap kesihatan ibu dan anak, reaksi anak bila dah adik dan macam2 lagi...Pendek kata keputusan terletak di tangan kita sendiri bukan ditangan doktor, ibu atau mertua kita. Cuma sebelum berhajat menambah bilangan ahli keluarga ibu bapa haruslah bersedia dari segi fizikal dan mental. Yelah nanti dah tambah anak mesti lagi banyak hal yg perlu diuruskan, abah2 juga kena take part utk jaga anak-anak tau! (Pesanan utk suami sendiri ye )
Kesimpulannya kalau nak tambah anak pastikan anda betul2 ready.





Monday, May 18, 2015

Kek Minyak Frozen

Hihi first time AS buat kek minyak. Bukannye susah pun kan nk buat tapi asyik bertangguh je. Akhirnya , siap jugakla KEK MINYAK FROZEN hahah. Nama frozen tu sebab guna kaler pink and biru tapi end up jadi pink hijau purple haha pastu sekarang ni anak ambe tengah gila tengok frozen kat laptop abahnye tu yang letak nama kek minyak frozen tu hihi.

Senang je nak buat kek minyak especially yang guna sukatan cawan. Semua sukatan 1 cawan , tepung gandum je 2 cawan.AS suka resepi kek yang guna cawan sebab tak ada penimbang kat rumah , malas nak beli haha. Tapi akan beli jugak satu hari nanti InsyaALLAH.

Ni lah rupa kek minyak kita hehe...kalau ade sesiapa yang nak resepi, kat bawah ni AS share resepi kek minyak frozen.



2 cawan tepung gandum
4 bji telur (resepi asal guna 5 biji telur)
3/4 cawan gula pasir halus
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil ovelette
1.5 sudu kecil bikabornat soda
1 sudu kecil esen vanila
1.5 sudu kecil perisa strawberi
Pewarna biru dan pink


Cara Membuat Kek Minyak Frozen
1. Pukul telur , gula dan ovelette sampai betul-betul kembang (tekstur yang berkrim).
2. Masukkan minyak , susu pekat, esen vanila dan perisa dan mix semula selama 2 3 minit
3. Masukkan tepung gandung dan bikarbonat soda kaup dan balikkan sampai adunan rata
4. Panaskan pengukus
5. Bahagikan adunan kepada 4 warna (warna asal, biru, pink dan campuran warna biru dan pink=purple)
6. Sediakan loyang. boleh sapu mentega atau tepung atau letak baking paper.
7. Tuangkan di tengah-tengah loyang adunan yang bewarna asal atau mana warna yang anda suka tapi mesti tuang dari tengah loyang. Setelah selesai tutup loyang dengan wrapper atau aluminium foil.
8. Masukkan dalam pengukus dan kukus sampai 1 jam 15 minit sampai betul-betul masak.
9. Sejukkan dan boleh dimakan hehe.


Kek minyak ni lembut sangat dan tak berapa manis ngam-ngam aje manisnya. Kalau nk guna 5 jenis warna pon boleh. Nak bakar pun boleh pada suhu 180 darjah selsius selama 40mint atau sehingga masak








Sunday, May 17, 2015

IBU..wanita hebat..












Assalammualaikum, Last Week  10 Mei merupakan hari ibu yang di sambut di seluruh negara. Ade yang kata haram menyambut hari ibu tapi tiada dalil kuat yang mengatakan ianya haram menyambut hari ibu. Pada AS sendiri, tiada salahnya untuk bagi ibu-ibu kita gembira bila anak-anak dan suami wish selamat hari ibu. Satu penghormatan buat ibu-ibu. Walaupun sepatutnya kita melayan ibu dan mengucapkan I LOVE U pada ibu kita setiap hari, tapi ape salahnya jika ambil 1 hari dan 'layan' ibu kita seperti raja ye dak?


Sememangnya penat lelah kasih sayang ibu tak akan dapat kita balas. Oleh itu berlaku baiklah dengan ibu setiap masa. Dulu-dulu A.S seorang yang suka memberontak jugak dengan ibu AS tapi Alhamdulillah bila meningkat dewasa A.S dah mula rapat dengan ibu tambah pulak bila dah kawen dan dah ade anak, rasa macam nak dekat dengan mak je sentiasa huhu.


HAPPY MOTHERS DAY MAMA!
IF ONLY U KNOW HOE MUCH I LOVE U..

Tuesday, May 5, 2015

Sepetang di Tanjung Balau , Desaru

Al kisahnya ari sabtu lepas , husband terpaksa ke site sebab ade emergency. Ok mak redho. Tinggalla dengan si kecik kat rumah.
Mula-mula tu rasa mcm tak nak keluar rumah nak lepak-lepak santai-santai je kat rumah, bila anak start 'hyper' ..mamanya dah boring maka keluarlah mama dan anak round-round desaru hehe.
Tak tau nak pegi mana, masa tu dah pukul 4. Last-last terlajak ke Tanjung Balau lebih kurang 10minit je dari rumah.
Dapatla ktorg makan aiskrim kat tepi pantai hehehe syok plk dapat duduk tepi pantai. Si auliya ni mula2 takut dengan pantai bila abah die datang, paksa die soh kena air. Lepas tu tak nak balik pulak dahhh...haihh macam-macam le si kecik ni