Tuesday, June 9, 2015

Family Day @ LEGOLAND

Assalammualaikum..

Diharapkan semua yang singgah di blog ini sentiasa diberikan kesihatan yang baik, kaya dan berjaya dunia akhirat. Terima kasih tau sebab sudi singgah blog AS yang serba comel ni ( hik3 perasan).

Jumaat lepas 5hb Jun , kami sefamily dapat tiket percuma untuk stay dan masuk all park di LEGOLAND, Nusajaya. Alhamdulillah lepas hajat nk stay hotel 5 star hehe...Walaupun hanya satu malam tapi syukur sangat dah sebab 1 bilik di Legoland hotel harganya antara RM900-RM1000.



jumpa kawan..kakak khalisya...


Bilik die ade nama lain-lain; Pirate, Kingdom dan Adventure theme. Bilik sama tapi dekorasinye berbeza ikut tema bilik tersebut. Setiap bilik boleh muat 2 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak. Katil kanak-kank diasingkan dari katil orang dewasa. Syokkan?? hehehe

Dalam bilik disediakan lego dalam 1 box untuk anak-anak main. Memang hotel ni sesuai untuk family yang ade anak kecil. Masuk ke dekat lobby hotel , terus ade tempat untuk budak-budak (dan mak bapak budak) bermain lego.

ni lah bilik kami, Pirate Deluxe...depan pintu pun ade picture tengkorak..auliya cakap 'akutt'



Sinki ade 2 , 1 untuk adult 1 untuk anak-anak2


Ade pulak hadiah misteri yang disimpan dalam kotak harta karun (lupa amik picture kotak tu) tapi cara untuk bukak kotak harta karun tu ialah dengan menjawab beberapa soalan yang diberikan dalam 1 helai kertas. Jawapan perlu dicari di dalam bilik tu sendiri. best kan?Hadiahnya of coz la brg2 lego. Abah auliya awal-awal dah simpan dalam beg die.pffftt.


Breakfast kat cafenya pun sedap dan memuaskan. Banyak sangat pilihan makanan. Naik semput AS makan breakfast pagi tu sebab semua pun rasa nak makan hihi. Banyangkan nasi tomato dengan ayam masak merah pepagi buta? dahla AS ni memang peminat nasi tomato. huhuhu.  Lagi 'best' 1 biji vitamin pun tak bawak. Bertuah sungguh kan. Mulala rasa bersalah kat perut sebab masuk macam-macam makanan dari sebelum check-in hotel sampai la esoknya. Balik je rumah telan Herblax 3 biji untuk clearkan usus.


Masuk je Legoland themepark, hujan turun. Tapi kami teruskan je jalan hujan rintik-rintik sekejap je masa tu. Kesian auliya banyak game yg die tak boleh main sebab tak cukup tinggi hehe. Besar sikit lagi baru best bawak die pergi outdoortheme park. Masa nak masuk waterpark pulak, hujan turun selebat-lebatnya siap guruh lagi. WAterpark ditutup sekejap sampai hujan reda. Dekat 30minit jugak kami tunggu hujan reda lepas tu bermula sesi tak nak keluar kolam huhu.





Sharul Shiro dan Man Posmen artis jemputan untuk Dinner pada malam tu.

Rock yooo!!!! 


Tema untuk dinner malam tu is ROCK GALA NIGHT. Jenuh jugak nak padankan baju yang sesuai. Nak beli jacket jeans tapi alaaa bila pulak la nak pakai nanti. Last-last pakai je la blouse animal print dengan sua jeans kilat (pinjam adik punya) plus tudung neelofar kaler hitam ( ori ok! ahaks). Asben pulak beriya siap key n accessories bagai hahaha tak pelah skali skala. 


Apa-apa pun rasanya we all had so much fun kat sana because it is the first time kami bawak auliya pergi tempat camtu. Besar sket lagi mesti die lagi excited. Penat tu tak payah cakap la memang esoknya tu tiga-tiga beranak tido tak henggat dunia hahaha.


4 comments:

  1. bestnyaaa... enjoy betul .. sekali sekala bawak anak-anak..

    ReplyDelete
  2. wahhh..bestnya..anak ciknaa suka lego..harus bawak ke sini nanti.. bilik tu unik sangat..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius best cikna..silalah bawak anak2 ke sini gerenti happy giler dieorg hehe

      Delete