Ade orang kata bila jarak anak pertama dan anak kedua setahun atau kurang , ianya lebih memenatkan sebab anak pertama masih belum puas mendapat belaian ibu sepenuhnya. Kadang kala terjadi tantrum yang menyebabkan anak pertama tadi cuba mengasari anak kedua yang masih bayi. Hmmm perkara ni selalu dan mungkin pernah terjadi pada diri kita mahupun keluarga terdekat kan?
Jadi bilakah sepatutnya jarak tahun yang sesuai untuk tambah anak?
Jadi bilakah sepatutnya jarak tahun yang sesuai untuk tambah anak?
Daripada pembacaan AS, sebenarnya tiada jarak tertentu yang sesuai untuk tambah cahaya mata. Jarak yang sesuai untuk kita tak semestinya sama dengan orang lain. Mungkin keluarga lain lebih sesuai menggunakan jarak setahun seorang daripada kita yang mengambil jarak 3 tahun seorang. Menurut islam sndiri juga tiada menetapkan waktu-waktu spesifik untuk tambah anak cuma yang diberitahu di dalam Al-quran ialah untuk menyusukan anak selama 2 tahun jika kita mampu.
Banyak perkara juga perlu kita nilai apabila kita berhasrat untuk menambah ahli keluarga. Tetapi setiap keluarga mempunyai perkara yang berbeza untuk di nilai. Contohnya soal Duit. Ade keluarga ynag mementingkan soal ini tapi ade keluarga yang tidak memandang duit sebagai salah satu masalah. Pasti Ibu bapa yang berpendapatan rendah atau sederhana cukup risau akan hal ini kerana untuk membesarkan anak, ribuan ringgit setahun diperlukan. Namun jangan pula kita terlalu risau pasal tak cukup duit bila bilangan anak bertambah kerna ALLAH dah siap sediakan rezeki untuk mereka.Firman Allah S.W.T bermaksud '“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka.” (Surah AlIsraa' Ayat 31).
Ade juga yang perlu mengambil kira soal tahap kesihatan ibu dan anak, reaksi anak bila dah adik dan macam2 lagi...Pendek kata keputusan terletak di tangan kita sendiri bukan ditangan doktor, ibu atau mertua kita. Cuma sebelum berhajat menambah bilangan ahli keluarga ibu bapa haruslah bersedia dari segi fizikal dan mental. Yelah nanti dah tambah anak mesti lagi banyak hal yg perlu diuruskan, abah2 juga kena take part utk jaga anak-anak tau! (Pesanan utk suami sendiri ye )
Kesimpulannya kalau nak tambah anak pastikan anda betul2 ready.
yup betul tu.. tiada syarat pun nak selang bape tahun kan.. keputusan di tangan masing2 :)
ReplyDeleteJom join Segmen Terbaru Saya ini
Segmen Communities Blogger : Berkongsi Pelbagai Ilmu Menarik
hehe betul3....
Deletewow! tazabarnye nk join....