Showing posts with label set menyusu shaklee. Show all posts
Showing posts with label set menyusu shaklee. Show all posts

Tuesday, June 9, 2015

Ibu Hamil dan masalah kejang otot @ cramp @ mengkarung

Assalamualaikum readers....

how was your weekend? harap-harap semuanya bergembira dengan family masing-masing ye. Ade yang tengah pregnant? bagus sangat kalau hujung minggu banyakkan berjalan supaya nanti senang nak bersalin.

Cerita pasal pregnant ni , teringat pulak AS sewaktu pregnant dulu, selalu sangat kena kejang otot especially waktu malam. Sakitnya , tuhan saje lah yang tau. Kata arwah opah AS, kejang otot memang akan menyerang ibu-ibu mengandung. Untuk elakkan kejang otot ni kita kena tido pakai selimut dan pakai stokin seelok-eloknya. Tapi kejang otot AS ni berlarutan sampai la masa dalam pantang.

Lepas AS mencuba Set Menyusu Shaklee, AS perasan tak pernah kena dah kejang otot. Kemudian AS ade terbaca yang kejang otot sewaktu hamil adalah disebabkan badan yang kekurangan kalsium. Dalan set menyusu shaklee memang lengkap dengan tablet kalsium iaitu Ostematrix. Baru la AS tau rupanya masa mengandung badan tak cukup kalsium (tak minum susu khas untuk hamil hanya minum susu segar).

Alhamdulillah, sekarang memang tak pernah kena dah kejang otot kalau tak dulu masa nk menggeliat je mesti kena. Adoii tak best betul tak boleh menggeliat huhu. Mengikut saranan US Recommended Daily Allowance (USRDA) wanita hamil dan menyusukan anak memerlukan 1000mg kalsium sehari. Kalsium boleh didapati daripada makanan harian kita atau dari tablet kalsium yang dijual dipasaran.

Sumber tablet kalisum selalunya terdapat dalam makanan tenusu seperti susu, yogurt dan cheese. Terdapat juga kalsium daripada sayuran hijau dan bijirin. Sehari kalau boleh makan 3 hidangan produk tenusu kurang lemak itu sudah memadai. Tetapi kalau rasa-rasa susu pun malas minum atau memang tak minum susu lansung maka supplement kalsium seperti ostematrix amat diperlukan.


Kenapa OSTERMATRIX?

  • Sumber semulajadi daripada sayur-sayuran dan kekerang.
  • Dilengkapi vitamin D untuk penyerapan kalsium yang maksimum
  • Dosage yang sesuai untuk remaja dan orang dewasa
  • 1 biji tablet ostematrix bersamaan dengan 1 gelas susu berkalsium tinggi
  • Harga yang sangat berpatutan hanya RM61(120 tablet)



Bagaimana nak dapatkan OSTEMATRIX?

Hubungi AS untuk tempahan Ostematrix atau sebarang produk Shaklee. AS merupakan Shaklee Independent Distributor yang sah (ID 1067596). COD area Desaru, Bandar Penawar, Pengerang,Pasir Gudang. Pos ke seluruh Malaysia dan luar negara. 013 3994264. 





Thursday, February 12, 2015

Testimoni Set Berpantang/Breastfeeding Shaklee

Assalam readers....dah makan ke belum uols? harini ifa belum start masak lagi...lauk yang tertulis di whiteboard...mee kari...ahaha..husband la punya kerja je....tulis mee kari tapi mee nye tak ade...aiyooo

Dah lama sebenarnya nak tunjuk testimoni sendiri tapi mencari picture masa pregnant tu malas nak godek2 lappy ni hehe...Masa pregnant ifa tak makan ape-ape supplemen pun kecuali ubat yang doc bagi untuk naikkan HB. Yup HB masa pregnant agak fluctuate kadang ok kadang below 11 tapi tak pernah bawah 10. Masa tu pernah dengar ESP shaklee tapi macam takot nak try sebab tak tau brand mana. 

Bila dah bersalin , susu pulak tak berapa ok. Dah try makan yang orang2 tua suruh tapi tak berkesan jugak so lepas 2 minggu dalam pantang nekad nak try SET MENYUSU SHAKLEE...Dalam set menyusu complete ade semua nutrien yang badan ibu berpantang dan menyusukan anak perlukan..Ade protein, alfalfa, multivitamin, vitamin C, kalsium dan B complex. Pendek kata memang sesuai la untuk yang baru lepas bersalin. Al maklumla masa pregnant dan bersalin nutrien badan kita banyak digunakan untuk anak kan so set ni mampu topup balik nutrien yang hilang dan tingkatkan susu badan.

Masa ni Yaya baru dapat kaki...seronok round padang Setia City Mall


Dengan set ni jugak, badan rasa bertenaga dan cergas walaupun fully breastfeed dan jaga anak sendiri2 di rumah. Suami bekerja malam baru balik tapi ifa masih sempat masak dan mengemas. Yanh nak cepat kurus pun sesuai amk set ni. Macam ifa, rasanye jenis yang senang turun sebab banyak bergerak kot tapi untuk yang rasa badan susah nak turun, boleh tambah OMEGAGUARD atau LECITHIN untuk pecahkan lemak.


So ibu-ibu jangan risau kalau susu badan tak meriah, berat badan tak turun-turun. Just cari jalan yang selamat untuk ibu dan anak. Supplemen shaklee selamat dan berkesan untuk bayi mahupun orang dewasa.

Dapatkan konsultasi dari yang berpengalaman ye.




Your trusted & certified Shaklee distributor
Arifa Salleh
nurarsaljis@gmail.com
0133994264

Wednesday, October 29, 2014

Cara Power Pumping

Salam readers....selamat pagi....arini saya nak kongsikan sedikit sebanyak ilmu yang saya tahu mengenai teknik power pumping...sejujurnya masa auliya lahir , ilmu saya mengenai breastfeeding sangat-sangat cetek. Saya menangis berhari-hari , stress sebab anak tak pandai isap puting pada mulanya , kemudian susu makin kurang, terpaksa berikan anak susu formula untuk tampung masalah kurang susu badan. Tapi saya jenis kental dan nekad nak jugak usaha bagi susu badan pada anak pertama saya tu.

Alhamdulillah, saya aplikasikan ilmu daripada orang sekeliling dan dari carian saya di internet. Antara cara yang saya nampak berkesan sekali pada produksi susu badan saya ialah teknik power pumping. Power pumping merupakan salah satu teknik popular untuk menggalakkan produksi susu badan. Secara asasnya untuk yang nak fully breastfeed anak, tanamkan dalam hati dalam otak makin kerap susu di pam/diberi direct kepada anak, makin banyaklah susu terhasil.Konsep ini juga dipanggil Konsep DEMAND AND SUPPLY. Jadi teknik power pumping ini bermatlamat untuk memberi isyarat kepada otak dan saraf untuk menghasilkan lebih banyak susu. Jangan seskali mengeluh dan berkata susu kita kurang atau tak ade..Yakin lah dengan rezeki anak yang dah tertulis. Sebagai ibu kita hanya perlu berusaha sehabis baik.

Cara-cara Power Pumping
1. Pastikan postur badan duduk menegak. Lapikkan bantal di bahagian belakang badan untuk lebih selesa kerana power pumping mengambil masa 1 jam.
2. Pastikan alatan untuk mengepam susu telah dibersihkan
3. Mulakan sesi Power pumping dengan mengepam susu di payudara kanan selama 10min
4. Kemudian , sambung lagi selama10min di payudara kiri
5. Lakukan berterusan dan berselang seli selama 1 jam

Anda harus tetap buat power pumping walaupun tiada susu yang keluar. Konsisten lah dalam melakukan power pumping ini selama 1 atau 2 minggu atau lebih supaya produksi susu anda meningkat. Jangan buat sekali dan harap susu terus jadi banyak. At least kena cuba buat setiap hari dalam 1 minggu. InsyaAllah susu akan kembali meriah..



waktu paling mustajab untuk lakukan teknik power pumping ni ialah pada waktu tengah malam (12malam) sehingga waktu subuh (6-7 pagi). Dulu saya gagahkan diri untuk bangun pukul 4 5 pagi dan lakukan power pumping. Alhamdulillah dalam masa 2 minggu saya dapat menyusukan auliya secara eksklusif. Bye bye susu formula hehehe. Harapan saya semoga readers dapat sedikit sebanyak ilmu dari entry kali ni. 

    SUSU IBU IALAH NUTRISI TERBAIK BUAT ANAK-ANAK 

Thursday, October 16, 2014

SUPPLEMEN UNTUK BREASTFEEDING MOMS









SET MENYUSU (FULL SET)





ESP (Energyzing Soy Protein)
sumber protein yang lengkap untuk ibu-ibu menyusu dan Si manja. Ibu dan bayi memerlukan protein secukupnya untuk perkembangan sel-sel di dalam badan. Esp juga membekalkan tenaga kepada ibu yang menyusukan anak supaya tidak mudah letih dan lesu. Adalah sangat penting untuk ibu -ibu menyusu mendapatkan sumber protein yang secukupnya dalam tempoh penyusuan supaya zat protein dalam susu ibu mencukupi untuk tumbesaran anak.


Alfalfa
dari zaman dahulu lagi alfalfa digunakan sebagai 'milk booster'. Alfalfa merupakan tumbuhan legumes yang penting untuk haiwan-haiwan tenusu menghasilkan banyak susu. Dengan itu , saintis percaya alfalfa mampu memperbanyakkan susu ibu. Alfalfa mengandungi galactogogue sejenis hormon penggalak susu ibu.


Sustained ReleaseVitamin C
Menguatkan antibodi melawan penyakit atau sebarang jangkitan kuman terhadap ibu dan bayi.Sebagai salah satu antioksidan, vitamin C mampu menjaga organ kita supaya dapat berfungsi dengan baik. Juga bertindak dalam menghasilkan kolagen pada kulit dan mencerahkan kulit.


B complex
Vitamin B complex berfungsi secara amnya untuk memberi tenaga. Vitamin B complex menukarkan karbohidrat, protein dan lemak kepada glukosa apabila diperlukan. Selain itu b complex juga bertindak sebagai anti-stress yang memberi ketenangan kepada ibu-ibu dalam proses penyusuan .


Ostematrix
Ostematrix (kalsium magnesium) merupaka supplemen kalsium yang amat penting untuk ibu-ibu menyusu. Ibu menyusu memerlukan 1000mg kalsium setiap hari sama seperti ibu mengandung. Ini adalah untuk memastikan bekalan kalsium untuk anak dan ibu mencukupi. Bayi memerlukan lebih kalsium untuk membantu perkembangan dan tumbesaran tulang dan gigi yang sihat.



Ok...itu ialah sediki sebanyak penerangan yang penting dalam SET MENYUSU SHAKLEE...ibu-ibu yang mengalami masalah susu semakin sikit/kering, kurang tenaga, mudah sakit belakang ketika menyusu anak, anak tidak puas menyusu dan sebaginya bolehla mencuba set ini kerana saya sendiri telah mengamalkannya  ketika berpantang sehinggalah hari ini. Alhamdulillah anak saya yang berusia 1 tahun 3 bulan masih menyusu badan sepenuhnya. Walaubagaimana pun ini hanyalah ikhtiar kepada masalah yang kita hadapi, ibu-ibu harusla juga mengamalkan sesi power pumping atau tandem nursing untuk meningkatkan lagi penghasilan susu ibu. Selain itu berdoalah kepada Sang Pencipta agar dimurahkan rezeki anak dengan air susu kita dan dipermudahkan urusan sepanjang menyusukan anak. 



Berminat untuk mencuba set ini? Anda boleh menghubungi saya pada details yang terteradi bawah..








Arifa Salleh
SID Shah Alam 
013 3994264
nurarsaljis@gmail.com

Wednesday, June 25, 2014

Tips Persediaan Menyusukan Anak ~

Salam...okay kali ni sy nk bg tips sket untuk ibu2 yang baru melahirkan dan baru nak menyusukan anak secara eksklusif...Alhamdulillah kepada ibu2 yang berniat dan tekad menyusukan anaknya sendiri sy ucapkan SYABAS!!!! Anda telah memilih SUSU TERBAIK DI DUNIA untuk anak anda. Sememangnya menyusukan anak ade cabarannye tetapi yakinla usaha kita itu pasti membawa kebaikkan untuk anak dan juga untuk diri kita juga...

Okay so untuk 1st timer ape yang anda harus lakukan ialah seperti di bawah ini:

1) PERSIAPAN MENTAL
Semasa mengandung lagi , anda harus berniat ingin menyusukan anak secara eksklusif. Fikirlah yang baik-baik dan berdoalah (bg yg beragama Islam) supaya dipermudahkan niat kita itu. Sentiasa berfikiran positif walaupun bila tiba masanya mungkin susu badan kurang/sedikit tetapi anda wajib positif dan berusaha untuk terus menyusukan anak

2) BANYAKKAN MEMBACA 
Buat yang bakal bergelar ibu dan bapa, rajin2la membaca artikel mengenai penyususan supaya kelak anda telah mempunyai maklumat yang betul mengenai penyusuan seperti Teknik menyusu, Cara mengepam susu, Cara menyimpan susu yang telah dipam dan sebagainya. Ini amat-amat membantu anda supaya tidak kekok bila tiba masanya nanti.

3) CARI PAM YANG SESUAI DAN SELESA
Ada sesetengah ibu/bakal ibu merasakan tidak perlu membeli pam sehingga anak dilahirkan. Pada saya pam adalah penting terutama ketika dalam pantang kerana pada waktu itu susu badan akan dihasilkan dengan banyak dan cepat. Bagi mengelakkan kejadian bengkak susu dan sebagainya , anda harus siap sedia dengan pam susu supaya payudara anda tidak bengkak dan sakit. Malah anda juga boleh mula membuat stok susu yang dipam ketika dalam pantang. Pilihla pam yang sesuai yang anda rasa selesa menggunakannya juga sesuai dengan budget anda.

4) SEDIAKAN BRA KHAS UNTUK MENYUSU
Sebelum bersalin, pastikan bra khas untuk menyusukan anak telah siap dibeli. Carila yang cotton dan tidak berspan supaya anda selesa kerana pada waktu berpantang payudara akan membesar dan kadang kala membengkak (produksi susu).

5) SEDIAKAN PELAPIK BRA DAN BOTOL/PLASTIK UNTUK MENYIMPAN SUSU 
Pelapik bra diperlukan supaya jika susu mengalir dengan banyak dan terkeluar dengan sendirinya, ia tidak membasahkan bra/baju anda. Selain itu botol/plastik untuk simpanan susu yang telah dipam (EBM) harus disediakan untuk tujuan penyimpanan stok susu.

6) AMALKAN PEMAKANAN YANG SEIMBANG
Semasa mengandung sehingga dalam pantang dan selagi anda menyusukan bayi pastika pemakanan anda di jaga kerana ape yang kita makan, nutriennya akan diserap oleh anak melalui susu ibu. Untuk itu pastikan ibu2 minum air secukupnya, makan makanan yang seimbang serta mengambil supplemen penting  seperti kalsium vitamin C dan multivitamin untuk meningkatkan kualiti susu ibu.

Alhamdulillah sy kini telah menyusukan anak sy sehingga hari ni (anak sy sekarang 11bulan). Walaupun pada mulanya susu badan sy xbanyak tapi sy usaha smpai sy boleh fully breastfeed anak saya. Saya mengamalkan SET MENYUSU SHAKLEE selepas 2 minggu berpantang. Alhamdulillah selepas anak berusia sebulan setengah saya berjaya menyusukannya secara eksklusif. So ape yg saya nak tekankan di sini ialah percaya dengan rezeki yg ALLAH beri dan berusaha untuk bg yang terbaik untuk anak. Ade sesetengan ibu2 cakap mereka xperlukan supplemen untuk menyusukan anak. Terpulang. Pada saya, makanan seimbang dan nutrien lengkap amat penting kerana ibu2 yang menyusukan anak sama seperti ibu2 hamil, kita berkongsi zat dan nutrien dengan anak. Untuk itu ibu2 juga harus menjaga kesihatan mereka supaya tidak cepat letih, tidak mengalami masalah sakit sendi/belakang/sakit lutut (kurang kalsium), masalah gigi dan sebagainya. Lagipun kita nak menyusukan anak ni bukan 1 2 minggu tapi sampai 2 tahun kalau diizinkan ALLAH.Sebab tula penting untuk ibu2 mengambil supplemen tambahan.

Selamat Menyusukan Anak. SUSU IBU SUSU TERBAIK DI DUNIA untuk anak-anak kita.




Tuesday, February 18, 2014

Vitamin memperbanyakkan susu ibu??

salam semua...auliya tgh tido so i kne taip laju2 sebelum die jaga hehe...alhamdulillah she is now 6months+ dh start solid food n still continue bf..syukur ya Allah atas rezeki yang kau berikan...as long as die masih mau menyusu i akn rs lega...makan pon ok die nak jugak..tapi yang peliknya ape yang i makan tu la yg die nak ..bagi biskut baby sekejap je jilat2 gigit pastu campak....agaknye xde rasa kot tu yg xske tu...dhla mahal membazir je ..... xpasal2 mama plk kne makan nanti huhu...

hmmm bercakap pasal breastfeeding(bf) , ibu mana yang xnk bf ank kn? kalo ade ibu2 yang lbh suke bg formula milk daripada susu die sndiri..rasanya die kne g kaunseling kot ..erkkk...bukan ape supaya minda die terbuka sket .... org melayu masih lg aktif bf anak tp yg i perasan chinese lebih kepada bg formula milk... mmm patutnya kerjaan kne giatkan lg program susu ibu ni..biar sume ibu2 xkira ape bgsa n agama skali pun mengamalkan bf secara ekslusif

sy dlu dh cuak dh kalo2 xdpt dh fully bf anak ...tp usaha n doa yang xpernah putus Alhamdulillah, Allah bg rezeki tu.....yup, sy mengamalkan SET MENYUSU SHAKLEE...tapi ramai jugak yang confius dieorg igt kalo xmakan set menyusu/milk booster susu xde or kurang....Sebenarnya, vitamin ni bukanlah penjamin susu jadi banyak....kita kne faham balik konsep asal demand & supply...bermaksud lebih kerap kita menyusukan anak/pump susu lagi banyak la susu terhasil.....supplement membantu badan ibu bekerja untuk menghasilkan susu....bantu ibu supaya tidak stress berjaga malam untuk pump/ menyusukan anak, bagi ibu xmudah letih xbermaya dan mengelakkan ibu2 terkena penyakit contohnya mcm demam,selsema..sbbnye ibu2 menyusu ni xblh amk sebarang ubat-ubatan (yang mengandungi dadah) ..supplement amat digalakkan untuk ibu2 menyusu sbb nk ganti blk segala nutrien yang dh diserap oleh anak melalui susu ibu....


Vitamin diambil bagi memastikan tubuh ibu menyusu sentiasa sihat, cergas, bertenaga dan ceria. Apabila badan sihat, in sha Allah ia akan membantu ibu2 untuk menghasilkan lebih banyak susu ibu untuk si manja.
Pengambilan vitamin akan berjaya jika ibu berdisiplin, sabar dan konsisten dalam :-

♥ kerap menyusukan bayi secara langsung atau bagi ibu bekerjaya, sesi perahan yang konsisten sekurang2nya selang 2 atau 3 jam sehingga payudara benar2 kosong

♥ pastikan ibu mangambil air kosong secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang 3 liter sehari

♥ si ibu juga digalakkan mendekatkan diri dgn Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bg Muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa, iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.


Dapatkan consultation terlebih dahulu sebelum bercadang untuk mencuba vitamin yang anda perlukan.


ha dh jelas ke ibu2? harap sgt2 ibu-ibu yang baca blog i ni faham tentang konsep penyusuan...i dlu pun xreti psl bf ni yela kn 1st time..tapi bila byk membaca lama2 kta blh faham n apply pada kehidupan kita...sebarang pertanyaan n perkongsian ibu2 blh contact sy k.....












supermama
Nur Arifa [1067596]
nurarsaljis@gmail.com
0133994264

Friday, December 6, 2013

Vitamin B COMPLEX SHAKLEE with added folic acid

petang khamis ni rasa nk share pasal B complex la plk...teringt masa kt skolah dlu kne hafal vitamin dan punca kekurangan penyakit....asal nmpak je penyakit beri-beri ha tau dah kekurangan vitamin B hehe senang ingat sbb beri-beri start huruf b ...hahaha...

Sebenarnya badan need more than just vitamin b...n vitamin B ni pulak ade byk B1, B2, B3, B5, B6...ha malas la nk cite satu per satu ...pastu ade ke yg nk makan vitamin B1 je yg len xnk?....lecehkan bek amik b Complex sbb semua B ade kt dlm tu....Vitamin B ni penting untuk kesihatan seharian kta ... Kelebihan dan kekurangan vitamin B akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B di dalam tubuh. 

Apa kebaikan B compleks ni?
  • Menukar protin, lemak dan karbohidrat kepada tenaga
  • Mengurangkan masalah keletihan/kelesuan
  • Melawan tekanan (anti-stress)
  • Membantu tumbesaran
  • Mengatasi rambut gugur dan beruban
  • Mencegah anemia 
  • Meredakan senggugut serta PMS
  • Mencegah perlcche- rekahan mulut 
  • Mencegah jangkitan lidah 
  • Detoksifikasi
  • Meredakan alahan

Cara memilih B complex yang baik
1. pastikan B complex tersebut ade kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12 , asid folik, biotin sperti yang dicadangkan oleh RDA (Recomemnded Dietary Allowances).

2. Kesemua vitamin B perlu di ambil pada masa yang sama

3. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin (maksudnya, 50% asid folik 50% biotin -tgk kn nutritional value)

4. Pastikan jurang peratusan nilai harian, B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar

5. Elakkan pengambilan B kompleks yang menawarkan rumusan larut-air (sustained release)


sy pun consume b complex..n of course i choose shaklee bcause ciri2 B compleks lengkap ade dalam btol ni .................................................







                         blh tgk sndiri kandungan folic acid n biotin dlm 2 tablet ialah 100%

For pregnant lady...mmg wajib amik folic acid ...untuk pembentukan otak dan saraf tunjang serta tulang blakang baby ...sy baru tau folic acid yang kita dapat from any clinic ialah folic acid yang sintetik....kalau diberi peluang untuk pilih antara yang sintetik dan yg semulajadi mestila kt pilih yang semula jadi kn? So tepuk dada tnya selera....

Ade yang tnya...mkn b complex boleh naikkan selera makan ke?

B compleks akan meningkatkan metabolisme tubuh sbbnye die akan menukarkan protin, lemak dan karbohidrat kepada tenaga...in some people die akn terasa lapa sbb proses metabolisme ni tp sbnrnya yang kita perlukan ialah air...sbb haba dibebaskan daripda proses metabolisma td....

Setiap org wajib amik b complex sebiji stiap hari untuk kesihatan yang berpanjangan...n trust me xrugi kt menjaga kesihatan

berminat boleh contact sy k :) btw, B complex ni xmahal hanya rm40++











supermama
Nur Arifa [SID-1067596]
Email: nurarsaljis@gmail.com
FB url: https://www.facebook.com/nurarsaljis
H/p: 0133994264 (sms/WA)

Tuesday, October 29, 2013

~Set Menyusu~

Set menyusu shaklee dh memang terkenal...xpyh susah2 nk crita sume org dh tau .... masa pantang i try set lengkap n still continue smpai skrg....Alhamdulillah rasa sht n org len pun nmpk kt sht & cantik....happy... :))




okay .. so here is all the set (se A smpai D) mengikut budget u all...rmai org ckp shaklee mahal...pada i shaklee xmahal compare dgn vitamin2 len kt pharmacy tu harga xjauh beza in fact i rs shaklee lg murah sbb die 100% natural. Kalo u all compare dgn price vitamin natural yg len shaklee pnye price lebih reasonable. 

siapa2 yang berminat nk cuba set shaklee ni blh call/sms/whatsapp i at 0133994264
ade org nk cuba tp takot...takot xsesuai la hapela kn same case ngn i dlu...tkot nk pcya sbb kt lua tu byk sgt product yg menjanjikan janji manis mu huhu...tapi hati i tergerak pilih shaklee sbb shaklee dh lama wujud sebaris dgn jenama gah mcm amway elken sume tu.....so no need to worry...shaklee always work always care always safe....

apa tunggu lagi..dapatkan segera!!!!! free consultation for you...