Salam...okay kali ni sy nk bg tips sket untuk ibu2 yang baru melahirkan dan baru nak menyusukan anak secara eksklusif...Alhamdulillah kepada ibu2 yang berniat dan tekad menyusukan anaknya sendiri sy ucapkan SYABAS!!!! Anda telah memilih SUSU TERBAIK DI DUNIA untuk anak anda. Sememangnya menyusukan anak ade cabarannye tetapi yakinla usaha kita itu pasti membawa kebaikkan untuk anak dan juga untuk diri kita juga...
Okay so untuk 1st timer ape yang anda harus lakukan ialah seperti di bawah ini:
1) PERSIAPAN MENTAL
Semasa mengandung lagi , anda harus berniat ingin menyusukan anak secara eksklusif. Fikirlah yang baik-baik dan berdoalah (bg yg beragama Islam) supaya dipermudahkan niat kita itu. Sentiasa berfikiran positif walaupun bila tiba masanya mungkin susu badan kurang/sedikit tetapi anda wajib positif dan berusaha untuk terus menyusukan anak
2) BANYAKKAN MEMBACA
Buat yang bakal bergelar ibu dan bapa, rajin2la membaca artikel mengenai penyususan supaya kelak anda telah mempunyai maklumat yang betul mengenai penyusuan seperti Teknik menyusu, Cara mengepam susu, Cara menyimpan susu yang telah dipam dan sebagainya. Ini amat-amat membantu anda supaya tidak kekok bila tiba masanya nanti.
3) CARI PAM YANG SESUAI DAN SELESA
Ada sesetengah ibu/bakal ibu merasakan tidak perlu membeli pam sehingga anak dilahirkan. Pada saya pam adalah penting terutama ketika dalam pantang kerana pada waktu itu susu badan akan dihasilkan dengan banyak dan cepat. Bagi mengelakkan kejadian bengkak susu dan sebagainya , anda harus siap sedia dengan pam susu supaya payudara anda tidak bengkak dan sakit. Malah anda juga boleh mula membuat stok susu yang dipam ketika dalam pantang. Pilihla pam yang sesuai yang anda rasa selesa menggunakannya juga sesuai dengan budget anda.
4) SEDIAKAN BRA KHAS UNTUK MENYUSU
Sebelum bersalin, pastikan bra khas untuk menyusukan anak telah siap dibeli. Carila yang cotton dan tidak berspan supaya anda selesa kerana pada waktu berpantang payudara akan membesar dan kadang kala membengkak (produksi susu).
5) SEDIAKAN PELAPIK BRA DAN BOTOL/PLASTIK UNTUK MENYIMPAN SUSU
Pelapik bra diperlukan supaya jika susu mengalir dengan banyak dan terkeluar dengan sendirinya, ia tidak membasahkan bra/baju anda. Selain itu botol/plastik untuk simpanan susu yang telah dipam (EBM) harus disediakan untuk tujuan penyimpanan stok susu.
6) AMALKAN PEMAKANAN YANG SEIMBANG
Semasa mengandung sehingga dalam pantang dan selagi anda menyusukan bayi pastika pemakanan anda di jaga kerana ape yang kita makan, nutriennya akan diserap oleh anak melalui susu ibu. Untuk itu pastikan ibu2 minum air secukupnya, makan makanan yang seimbang serta mengambil supplemen penting seperti kalsium vitamin C dan multivitamin untuk meningkatkan kualiti susu ibu.
Alhamdulillah sy kini telah menyusukan anak sy sehingga hari ni (anak sy sekarang 11bulan). Walaupun pada mulanya susu badan sy xbanyak tapi sy usaha smpai sy boleh fully breastfeed anak saya. Saya mengamalkan SET MENYUSU SHAKLEE selepas 2 minggu berpantang. Alhamdulillah selepas anak berusia sebulan setengah saya berjaya menyusukannya secara eksklusif. So ape yg saya nak tekankan di sini ialah percaya dengan rezeki yg ALLAH beri dan berusaha untuk bg yang terbaik untuk anak. Ade sesetengan ibu2 cakap mereka xperlukan supplemen untuk menyusukan anak. Terpulang. Pada saya, makanan seimbang dan nutrien lengkap amat penting kerana ibu2 yang menyusukan anak sama seperti ibu2 hamil, kita berkongsi zat dan nutrien dengan anak. Untuk itu ibu2 juga harus menjaga kesihatan mereka supaya tidak cepat letih, tidak mengalami masalah sakit sendi/belakang/sakit lutut (kurang kalsium), masalah gigi dan sebagainya. Lagipun kita nak menyusukan anak ni bukan 1 2 minggu tapi sampai 2 tahun kalau diizinkan ALLAH.Sebab tula penting untuk ibu2 mengambil supplemen tambahan.
Selamat Menyusukan Anak. SUSU IBU SUSU TERBAIK DI DUNIA untuk anak-anak kita.
No comments:
Post a Comment