Saturday, November 22, 2014

Surat dari JIRAN MAH yang prihatin


Mah kelihatan sayu selepas beberapa hari membaca surat dari suaminya yang sangat menyakitkan hatinya. Namun dalam pada itu dia terfikir , mungkin benar ape yang di kata kan oleh suaminya. Selepas melahirkan adan , Mah seakan-akan akur dengan keadaan dirinya yang sudah bergelar ibu, Mah tak peduli lagi dengan bentuk badan , pakaian yang cantik dan menarik , perhiasan mahupun 'perhiasan' untuk suaminya sendiri.
Yelah suaminya kelihatan semakin hari semakin sayang, Mah pun bendul..ingatkan suaminya betul-betul la sayangkan die dan setia dengannya. Rupanya?? Tebu di pinggir bibir...

Mah teringatkan sepupunya yang agak kamcing dengannya dulu lalu cuba menelefon sepupunya itu yang berada di Seremban. Mah perlukan seseorang untuk Mah ceritakan masalahnya. Mah menelefon sambil berpura-pura2 menyiram pokok bunga di luar supaya anak-anaknya tak perasan dan tak dengar perbualan Mah. Tapi Mah tak sangka perbualannya dengan sepupunya itu didengari oleh jiran Mah, Wati namanya.
Alangkah terkejutnya wati mendengar perbualan Mah itu. Wati merupakan seorang guru sekolah rendah. Hubungannya dengan Mah amat baik dan wati sangat tak sangka Mah ditimpa masalah seperti itu. Wati terdengar anak Mah, Nafisa memanggil ibunya masuk kerana mahukan minuman. Wati segera masuk ke rumahnya kerana takut Mah nampak die di luar dan mendengar perbualan Mah.

Wati berasa sedih dan geram pada suami Mah. Dalam diam ade skandal rupanya. Tapi seketika wati terfikir, mungkin benar juga ape yang dikatakan suami Mah tu. Seharian Wati memikirkan hal tersebut dan keesokkanya Wati bernekad untuk menulis sepucuk surat kepada Mah. Wati tak sampai hati nak bagitau depan , takot Mah bertambah sedih atau malu kepada Wati sebab wati dah tau masalah Mah.

===============================================================

" Assalammualaikum Mah,
Wati terlebih dahulu ingin meminta maaf sebab Wati curi-curi dengar perbualan Mah dengan seeorang semasa Mah menyiram bunga pada petang selasa lepas. Wati menulis surat ini bukanla untuk jadi penasihat mahupun berlagak seperti ustazah. Wati amat terkejut dan sedih sekali dengan keadaan yang menimpa Mah sekarang. Wati harap Mah kuat terima dugaan ini. Wati tau Mah seorang yang berjiwa kental , Mah pasti boleh melalui saat-saat di duga ini dengan tabah.

Cuma yang Wati nak Mah cuba ikhtiarkan sekarang. Mah kena rajin bangun solat malam (tahajud) , buat solat taubat dan solat hajat supaya hati suami Mah takkan berpaling lagi dari Mah. Minta ALLAH perbetulkan semula rumahtangga Mah supaya Mah suami dan anak-anak boleh hidup bahagia dan gembira macam dulu.
Lagi satu Mah kena buktikan pada suami Mah yang Mah masih cantik masih ayu masih hot kalau nak dibandingkan dengan janda tak g**a tu. Mah kena berkorban wang ringgit sikit untuk nampak hebat dan menawan. Lebih hebat dari janda tu. Dulu lagi Wati dah rekomen pada Mah Set Kurus Shaklee dan Set Kecantikkan Shaklee tapi Mah tak mau.

Mah jangan risau wati akan guide Mah dari A sampai Z ..sampai Mah jadi cantik dan kurus macam wati eh bukan macam ziana zain gituu.Mah wati ikhlas nak tolong Mah , kalau Mah berubah bukan shja untuk abang tapi untuk diri Mah jugak.Kesihatan kita penting sebab kalau kita sakit siapa nak jaga kita Mah. Suami? Belum tentu.
Wati harap Mah fikirkan la cadangan wati ni ye. Wati sntiasa ade untuk bantu Mah.




Ikhlas dari Jiranmu
          Wati

=================================================================

Nak dijadikan cerita , wati merupakan pengedar sah shaklee, pernah beberapa rekomen produk shaklee pada Mah tapi Mah menolak alasannya suami masih sayang walaupun berbadan besar dan tak secantik dulu. Kali ni wati cuba promote semula produk jualannya mudah-mudah2an dapat membantu Mah yang sedang buntu.

Adakah Mah bersetuju untuk membeli produk shaklee dari Wati?? Tunggu episode seterusnya...bahahaha.
.
.
.
.
.
.
.
.



Cerita ini adalah rekaan semata-mata ye ...hehehe....ekoran viral crita Mah di FB ramai pulak yang vegang dengan crita ni. Ifa rasa ade pengajaran tersendiri yang perlu kita ambil iktibar buat suami dan isteri. Si isteri berhiaslah untuk suami dan suami pula tolong jangan ambil kesempatan atas kebendulan isteri , hargai la isteri anda. Kalau die tak macam dulu dan anda tak suka, cuba jujur pasti die mahu transform jadi seperti yang anda suka.Itu pendapat saya lah ..lain orang lain pandangan kan, terpulang pada setiap individu, tapi cerita surat dari jiran ni hanya untuk hiburan semata-mata. 


No comments:

Post a Comment