Friday, November 21, 2014

Weekend Escape to Desaru

Salam readers...rindunya kt blog i yg cantik niiii (uwekkk perasan sungguh no :p) ... tok de nok update blog ..
Last weekend (actually start friday) ifa ikut suami ke johor ade hal kerja katanya.Bertungkus lumus siapkan hal2 rumah tangga sebab pagi2 dah bertolak ke Desaru. Perjalanan yang ambil masa 4jam 30 min tu terasa mcm pergi hujung dunia. Huhu jauh sgt rasanya...

Asalnya nak bermalam di batu pahat sebab asben nak makan asam pedas sedap gile kt sna.Tapi memandangkan dah pukul730mlm masih di desaru so kitaorg pun stay la kt sna. Kami tdo kat Desaru Damai Beach Resort. Ermm sy xrekomen la hotel ni sbb harga tak padan dengan keadaan bilik dan servisnya. Hotel lama yang tak maintain sayang je sebab lokasi die strategik.

Ade hotel lain tp harga nya rm240 ke atas. Setakat nak tido 1 malam rasanya tak perlulah nak membazir sangat kn. Unless kalau betul2 plan nk spend time kt sna. Kami check in pun dah pkl8malam.Lepas mandi2 terus keluar nak pergi makan.Bandar desaru ni comel je tak banyak pun kedai. Malam tu makan di restauran  terapung bujang firefly. Restaurant ni ala2 kedai makan siam. Kami order set utk 2 org (tpi mcm utk makan 4 orang)huhu kekenyangan malam tu. Esok pagi lepas breakfast terus menuju ke batu pahat. Eh tapi sebelum tu kmi singgah kt JPO dlu hehe. Saje cuci mata beli present utk adik2 sempena birthday dieorg yang dah lepas.



ni la set untuk 2 orang ...nak pengsan habiskan semua ni malam pulak tu...lepas makan telan phytocol huhu



ombak pagi tu agak besar jugak..


Sori picture makan nasi briani Mohd Shah di batu pahat tak sempat nak snap..kelaparan memasing huhu ..nasi brani mohd shah tu memang sedap tp minyak die ...wow!! menyeramkan hokey..memang kena stanby lecithin,omegaguard atau phytocol kalau nak makan nasi briani tau 


Dah alang-alang ke batu pahat asben lajak pula ke melaka..katanya nak try coconut shake klebang. Adeh mak punya muka dan badan rasa dah belengas dah ni tapi ikut jela kan kang kempunan pulak laki i huhu.



Ramai orang kat kedai ni ...memang famous la kan  (aku je yang tak tau rupenya) . Tapi sejujurnya coconut shake kat sini takdela sedap sangat bagai yang dikata tapi layankan aje hehe...Agak letih jugak travel tanpa perancangan ni ...dengan anak kecik tu lagi alahai sampai kena gastrik mamanya huhu. Kesimpulannya planning kena betul dan ikut plan asal kalau tak memang terabur hahaha. Adios


p/s: shop brilliantly katanya...ahaks brilliant sangat!!

No comments:

Post a Comment