Thursday, June 11, 2015

Jahitan bersalin terbuka ...perlu jahit semula atau tidak?

Assalamualaikum readers...

Ape kabar ? diharapkan yang menbaca entri ini sentiasa sihat dan ceria serta mendapatkan rahmat dariNYA, amin...

Entri kali ni agak seram buat ibu-ibu dan bakal ibu. AS yg dah beranak pun rasa seram huhu. Bukan ape perkara ni pernah terjadi pada AS sewaktu melahirkan auliya pada 2013. Jahitan episiotomy terbuka bukan perkara yang baru. Ini pernah terjadi pada ramai ibu-ibu selepas bersalin. Jahitan terbuka ni ade sebab-sebab tertentu. Antaranya mungkin akibat ibu jalan terlalu laju, kawasan luka bernanah (tidak bersih), basuh tempat luka dengan antiseptik yang tidak sesuai, sembelit atau buasir , jahitan yang tidak kuat. 

Macam kes AS aritu,  jahitan tidakla terbuka sepenuhnya tapi ade gapping (tutup buka tutup buka).Ya Allah, risaunya tuhan je yang tau bila mula2 nurse cakap ade jahitan terbuka , lepas tu pergi semula ke hospital dan jumpa doktor yang sambut baby tu. Memang ade gapping die kata. Doktor tu tanya 'jalan laju sangat ke?'...dengan pantas mama AS menjawab ' die tak nak duduk diam doktor berjalan sana berjalan sini dalam rumah tu'...erkkkkk...kemudian doktor tanya buang air besar ade sembelit ke? Masa lepas bersalin tu cam susah sket la nk keluar sebab rasa seriau nk teran tapi teran la jugak kan takkan nak simpan huhuhu. So mungkin itu menyebabkan gapping.

Ingatkan dah kena jahit semula dah tapi doktor tu kata xperlu jahit die bagi 1 gel suruh sapu setiap kali lepas pergi toilet. Bayangkan ..setiap kali lepas pergi toilet...dahla dengan barutnya lagi...memang sangat mencabar tau. Tapi disebabkan nak baik cepat AS sanggup tempuh cabaran hihi. Sehari ade dalam 5 6 kali jugak letak ubat tu. Alhamdulillah dalam seminggu lepas tu luka dan jahitan dah pulih. Masa tu lagi beberapa hari nak raya. Ahhhh lega bila nurse kata dah ok.

Tapi ade juga ibu-ibu yang terpaksa dijahit semula bila jahitan episiotomy terbuka. sakitnya tu memang tak dapat di bayangkan kata mereka yang dah mengalaminya sebab doktor tak bius. Allahuakbar besar sungguh pengorbanan seorang ibu kan. Namun ibu-ibu dan bakal ibu tak perlu takut sebab ade cara untuk mengelak dari jahitan terbuka.







Cara menjaga luka episiotomy/luka jahitan lepas bersalin

1. Jaga kebersihan kawasan jahitan dan alat sulit- sentiasa bersih dan keringkan alat sulit selepas buang air kecil atau besar, kerap menukar pad kerana pad menjadi tempat bakteria berkumpul

2. Anginkan (menggunakan kipas) luka sekali kala dengan cara baring dan kaki diangkat supaya luka cepat kering

3. Letak pek ais pada luka untuk mengurangkan sakit dan bengkak.

4. Rendam punggung di dalam besin berisi air suam dan campurkan sedikit garam atau antiseptik yang diberikan oleh nurse/doktor (elakkan guna dettol) untuk mematikan kuman.

5. Elakkan sembelit, minum air yang mencukupi dan makan makanan yang tinggi serat/fiber seperti kurma, bijirin oats/nestum, buah prune dan sebagainya

6. Lakukan senaman KEGEL's iaitu senaman kemutan untuk menguatkan otot-otot pelvis. Bagus dilakukan sebelum bersalin supaya dapat mencegah episiotomy.

7. Jangan baring/duduk/berdiri terlalu lama kerana boleh menyebabkan luka lambat sembuh.




Berpantang dengan Ceria

Selain cara diatas ibu-ibu juga boleh berpantang dengan ceria tanpa masalah dengan SET BERPANTANG SHAKLEE. Dalam set ni, ade ZINK COMPLEX yang membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan OSTEMATRIX yang dapatkan mengelakkan sembelit. Alhamdulillah ramai yang dah mencuba dan sangat berpuas hati dengan set ini. Set berpantang shaklee merangkumi,


  • Energyzing Soy Protein
  • Vitalea Iron Formula
  • Sustained Release Vitamin C
  • Zink Complex
  • Ostematrix 
  • Omegaguard

Sempena promosi YES PACK, set berpantang dikenakan 5% diskaun, PERCUMA KEAHLIAN, PERCUMA SEBOTOL VITALEA. Menarik kan? 


Untuk lebih info boleh call/sms/whatsapp 

Arifa Salleh
013 3994264
nurarsaljis@gmail.com



4 comments:

  1. Bagus lau letak pic gel yg doc bg tu...

    ReplyDelete
  2. Urutan tradisional untuk wanita dan ibu bersalin.
    area sentul dan seluruh kawasan kuala lumpur.
    hubungi 013-2096836.

    ReplyDelete