Lately ni si kecik asyik kerap sangat mintak susu especially belah malam.Eh kadang siang-siang pun banyak trip jugak. Umur die dah nak masuk 1 tahun 7 bulan bulan ni. Gigi dah 8 batang huhu ade kala tu pedih jugak rasanya kalau dah banyak kali kerja nak isap susu je.
Start dari bulan lepas dah mula berfikir untuk nak start wean off breast . Si auliya ni mmg fully direct breastfeeding dari umur 1 setengah bulan sampai sekarang. Mungkin jugak pengeluaran susu badan pun dah tak sebanyak dulu pastu die pulak duk syok 'mengempeng' kata org jawa. Husband pon pelik 'aik baru je minum tadi minum susu lagi?'...ha tu die nampak lepas die balik keje je..time die keje siang2 pun kadang-kadang cmtu jugak. Kami husband n wife bercadang nak slowly start to wean die. Lagipun die dah lebih setahun takde masalah untuk tambah nutrient sebab die dah makan solid food cuma sebab die dah pandai mintak jadi mak bapak die kena kreatif la nak menjayakan proses cerai susu ni huhu.
Sebenarnya proses nk cerai susu bergantung pada ibu tu sendiri, bila die rasa die perlu untuk weaning. Kalau masih boleh teruskan tak de masalah tapi kalau dah menggangu si ibu dan merumitkan keadaan (contoh masalah keluarga, kesihatan dan sebagainya) maka harusla difikir untuk start weaning. Cerai susu tak boleh dilakukan secara drastik tau kena part by part.
Kalau nak gantikan susu pulak dari fully breastfeed boleh try bagi botol atau terus dalam cawan. Sebab kalau guna botol nanti kena wean off bottle pulak ha kan dh 2 3 kali keje. So cuba guna cawan terus. Hmm InsyaALLAH tgh tambahkan ilmu pasal nk weaning anak ni. Harap-harap berjaya la ye nanti. hehehe
No comments:
Post a Comment