Friday, February 6, 2015

Posto !! Posto !!


Kalau dulu posmen naik basikal kan..agak2 berapa lama la boleh sampai ek kalau kita pos surat? ermm pastu tak penat ke abam-abam posmen dulu-dulu tu ...nak kayuh basikal keliling kampung.

Zaman sekarang ni arini pos esok dah sampai. Kuat gila bunyi hon van/lori poslaju tu...bila dengar je kelam kabut cari tudung nk pergi bukak pintu. Nervous tau stiap kali abg pos laju datang sebab cam kena cepat je dahla rumah 2 tingkat memang bergegas turun tangga dibuatnya hahaha.

Alhamdulillah zaman sekarang segala makin mudah, terpulang pada kita nak guna mcm mana. Macam ifa slalunya memang akan guna khidmat POSLAJU untuk pos barang customers. Sekali sekala ade juga ifa guna online shopping SHAKLEE2U kalau nak jimatkan postage untuk customers. Tau tak dengan pembelian lebih rm800 atau pembelian yang ade VIVIX, shaklee akan bagi Free Postage. Kalau tak kena cas RM10 untuk postage. Jimat kan??

Tapi bila kita pos sendiri ni bolehla selit2 flyers ke namecard ke freegift ke kat customers kan. Barula customer ingat kita INSYAALLAH hehehe.

Ha ni nk bagi tips sket mungkin ramai yang dh tau kalau korang nak pos barang guna sampul PREPAID POSLAJU dan tak nak beratur panjang atau tunggu lama. Boleh tarik sendiri slip (salinan pengirim) yang last skali. Pastu masukkan slip tu terus kat ruangan prepaid tu. Letak pada kaunter poslaju sahaja cakap kat yang jaga kaunter tu slip blakang saya dah ambil. So senangla keje dieorang keje kita pun senang tak payah nk tunggu lama2 kan. So far di POSLAJU GLENMARIE dan POSLAJU BESUT terima kalau buat camtu. Tapi kalau nak kepastian tanya dulu kat kaunter poslaju tempat korang tau. Karang tak pasal-pasal jadi VIRAL pulak kang huhu.


Plastik Prepaid poslaju yang slalu diguna ialah RM6 atau RM9


shaklee guna GDEX untuk pos barang ke customer..sume bungkus dalam kotak siap ade gabus2 tu lagi 

No comments:

Post a Comment