Salam readers kesayangan hamba....apa bikin ini hari? hehe Sebelum terus membaca entry ifa arini...jom kita mengucapkan syukur kepada ALLAH sebanyak 10x tanda terima kasih padaNYA atas pemberiannya ...
Okla mesti ade yang pelik kenapa pulak minah ni nak crita pasal tabung pulak ni. Hehe ini blog saya suka hati la nak tulis ape ye dak? kui kui kui...Bukan ape sebenarnya ifa ni suka nak berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat yang boleh dipraktikkan oleh semua orang.
Jadi harini saya nak share 1 amalan iaitu tabung sedekah waktu subuh atau juga dipanggil TABUNG SUBUH. Sememangnya setiap insan di suruh untuk banyakkan bersedekah tapi ramai daripada kita termasuk saya sendiri bersedekah bila rasa nak sedekah. Tidak buat hari-hari. Padahal Allah dah janjikan pahala dan rezeki berlipat kali ganda jika kita bersedekah dengan seikhlas ikhlasnya.
Kenapa subuh? kenapa bukan zohor asar magrib atau isyak?
Daripada 1 hadis, dikatakan pada waktu subuh malaikat turun dari langit dan mendoakan mereka yang bersedakah agar dilimpahkan rezeki manakala mendoakan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat kepada mereka yang tidak bersedekah. Uishh takot kan ...ha sebab tu waktu yang terbaik untuk bersedekah ialah antara subuh sehingga terbitnya matahari.
Macam mana cara nak buat tabung subuh ni?
Pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL....iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga....dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa.
Dah banyak saya baca kesan akibat sedekah ni dan saya sendiri pernah rasa keajaiban bersedekah. Jangan takut untuk bersedekah walau dalam wallet tinggal rm10 atau rm1 , yakinlah rezeki itu dari ALLAH. Kalau rasa2 malas nak buat tabung boleh jugak bersedekah menggunakan cimbclicks atau maybank2u...Rm1 sehari selama 40 hari atau lebih...insyaALLAH tak rugi kita melabur untuk akhirat.
Jom lakukannya HARI INI!!!
Nak start jugak lah.. tq for the tips!
ReplyDeletejom start sama2 hari ni ... sama2 sayang...
ReplyDeletesalam ziarah..i pun dh mula buat..sbb baru jer tahu psl amalan mulia ni..and miracles really happen to me..syukur alhamdulillah
ReplyDeletesalam.. enkoy reading your blog. nice one! jemput singgah blog saya. http://akuhanyatahumenulis.blogspot.my/ tq :)
ReplyDelete