Wednesday, October 29, 2014

Cara Power Pumping

Salam readers....selamat pagi....arini saya nak kongsikan sedikit sebanyak ilmu yang saya tahu mengenai teknik power pumping...sejujurnya masa auliya lahir , ilmu saya mengenai breastfeeding sangat-sangat cetek. Saya menangis berhari-hari , stress sebab anak tak pandai isap puting pada mulanya , kemudian susu makin kurang, terpaksa berikan anak susu formula untuk tampung masalah kurang susu badan. Tapi saya jenis kental dan nekad nak jugak usaha bagi susu badan pada anak pertama saya tu.

Alhamdulillah, saya aplikasikan ilmu daripada orang sekeliling dan dari carian saya di internet. Antara cara yang saya nampak berkesan sekali pada produksi susu badan saya ialah teknik power pumping. Power pumping merupakan salah satu teknik popular untuk menggalakkan produksi susu badan. Secara asasnya untuk yang nak fully breastfeed anak, tanamkan dalam hati dalam otak makin kerap susu di pam/diberi direct kepada anak, makin banyaklah susu terhasil.Konsep ini juga dipanggil Konsep DEMAND AND SUPPLY. Jadi teknik power pumping ini bermatlamat untuk memberi isyarat kepada otak dan saraf untuk menghasilkan lebih banyak susu. Jangan seskali mengeluh dan berkata susu kita kurang atau tak ade..Yakin lah dengan rezeki anak yang dah tertulis. Sebagai ibu kita hanya perlu berusaha sehabis baik.

Cara-cara Power Pumping
1. Pastikan postur badan duduk menegak. Lapikkan bantal di bahagian belakang badan untuk lebih selesa kerana power pumping mengambil masa 1 jam.
2. Pastikan alatan untuk mengepam susu telah dibersihkan
3. Mulakan sesi Power pumping dengan mengepam susu di payudara kanan selama 10min
4. Kemudian , sambung lagi selama10min di payudara kiri
5. Lakukan berterusan dan berselang seli selama 1 jam

Anda harus tetap buat power pumping walaupun tiada susu yang keluar. Konsisten lah dalam melakukan power pumping ini selama 1 atau 2 minggu atau lebih supaya produksi susu anda meningkat. Jangan buat sekali dan harap susu terus jadi banyak. At least kena cuba buat setiap hari dalam 1 minggu. InsyaAllah susu akan kembali meriah..



waktu paling mustajab untuk lakukan teknik power pumping ni ialah pada waktu tengah malam (12malam) sehingga waktu subuh (6-7 pagi). Dulu saya gagahkan diri untuk bangun pukul 4 5 pagi dan lakukan power pumping. Alhamdulillah dalam masa 2 minggu saya dapat menyusukan auliya secara eksklusif. Bye bye susu formula hehehe. Harapan saya semoga readers dapat sedikit sebanyak ilmu dari entry kali ni. 

    SUSU IBU IALAH NUTRISI TERBAIK BUAT ANAK-ANAK 

No comments:

Post a Comment