Sista ovari (ovarian cyst) adalah berisi cecair berbentuk kaviti dalam ovari yang boleh menjadi sebahagian daripada folikel yang dihasilkan setiap bulan bersama dengan telur yang subur. Cyst ini akan pecah dan mengeluarkan telur yang subur. Jika persenyawaan tidak berlaku, cyst ini akan mengecut dan akhirnya lenyap dalam sistem pembiakan wanita.Selepas ovulasi, folikel menjadi korpus luteum yang menghasilkan progesteron. Sama ada folikel atau luteum corpus boleh membentuk sista (folikel atau corpus luteum sista). Terdapat juga sista tidak aktif (bukan kanser) dan jarang sista yang katif (kanser) yang boleh terbentuk dalam ovari. Namun jika tidak pecah, ia menjadi cyst yang tidak normal tetapi tidak berbahaya.
Antaranya sindrom ovari polisistik (polycystic ovarian syndrome), endometriosis, dermoid cyst dan beberapa jenis cyst lain. Simptom cyst ovari adalah berbeza bergantung kepada individu. Ada juga wanita yang mempunyai cyst ini tidak mempunyai simptom. Sakit pada bahagian bawah perut sekitar kawasan ari-ari adalah simptom paling kerap berlaku. Sakit ini sering timbul beberapa hari sebelum atau selepas datang bulan.
Ada kalanya kitaran haid menjadi tidak menentu dan berlaku pendarahan tidak normal, kerap membuang air kecil atau masalah membuang air besar seperti sembelit juga boleh berlaku, terutama jika saiz cyst sangat besar. Selain itu, simptom seperti tiada selera makan, susut berat badan, selalu mengalami keletihan adalah simptom yang merisaukan.
Jika pembedahan diperlukan, sista tersebut boleh dikeluarkan dengan menggunakan teknik laparoscopic di mana satu insertion kecil (5-10mm) akan dimasukkan ke dalam abdomen pesakit.
Fibroid
Fibroid ialah tumor anti-kanser yang tumbuh di bahagian uterus wanita. Fibroid terdiri daripada tisu dan otot yang berbeza saiz. Fibroid juga dikenalo dengan nama Uterine myomas atau Leiomyomas. Ramai di kalangan wanita yang tidak tahu mereka mempunyai fibroid sehinggla mereka menjalani ujian imbasan (scanning). Namun terdapat juga tanda-tanda jika seseorang wanita tu mempunyai masalah fibroid iaitu
- sakit di bahagian ari-ari dan sakit belakang yang kuat
- Haid yang tidak teratur dan terlalu banyak
- Jangka watu haid yang panjang (lebih dari 7 hari)
- Sakit ketika hubungan sex
- Kerap membuang air kecil
- Sembelit
Fibroid lazimnya menyerang wanita yang sedang mencapai tahap kesuburan yang tinggi iaitu di antara umur 30 hingga 40 tahun kerana fibroid dikaitkan dengan hormon estrogen yang meningkat ketika. Namun begitu, apabila tahap kesuburan menurun fibroid akan kembali mengecut apabila paras estrogen menurun. Fibroid tidak membahayakan kesihatan wanita tetapi ia boleh mengganung sistem peranakan wanita dan kehamilan.
Setakat ini tiada kajian khas yang dapat mengkaji apakah punca terjadinya cyst dan fibroid. Menurut Pakar Sakit Puan Dr Hamed Arshad, faktor pemakanan memainkan peranan penting dalan aspek kesihatan sistem peranakan wanita. Pengambilan makanan segera atau JUNK FOOD dan FAST FOOD boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan sistem peranakan wanita. Untuk kekalkan kesihatan dalaman wanita, adalah disarankan kepada semua wanita untuk meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buahan serta supplemen tambahan untuk membantu memelihara kesihatan dalaman kita. Antara supplement yang penting untuk wanita ialah GLA COMPLEX dan OMEGAGUARD kerana keduannya mengandungi asid lemak penting untuk kesihatan organ pembiakan serta dapat mengawal atur horman dengan baik. Untuk kesihatan menyeluruh VIVIX ialah pilihan paling tepat. Kesihatan anda begitu berharga. Lebih baik mencegah dari mengubati.
Berminat mencuba produk shaklee? Sila hubungi saya
supermama
Arifa.Salleh
0133994264
nurarsaljis@gmail.com
No comments:
Post a Comment