Wednesday, August 20, 2014

B complex bantu badan 'bergerak'

Vitamin B merupakan vitamin yang penting untuk memastikan badan kita terus bekerja dan bertenaga. Lazimnya vitamin B diperolehi daripada makanan seharian seperti sayur-sayuran hijau, daging, ayam, ikan , telur, bijirin, dan sebagainya. Terdapat 8 jenis vitamin B kesemuanya B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12. Setiap vitamin B ini mempunyai fungsinya yang tertentu. Jom kita lihat fungsi setiap satu vitamin ini

B1 (Thiamine)
Vitamin B1 penting untuk membentuk sel baru di dalam badan. B1 juga merupakan anti-stress vitamin yang melindungi sistem pertahanan badan. Kajian mendapati B1 diperlukan untuk memecahkan karbohidrat lebihan yang kita makan kepada kumpulan yang lebih kecil.

B2 (Riboflavin)
Vitamin B2 ialah antioksidan yang sangat penting untuk menentang radikal bebas, melawan penuaan dan menghalang penyakit jantung. Riboflavin juga penting untuk membina sel darah merah di dalam badan.

B3 (Niacin)
Fungi asas Niacin ialah untuk meningkatkan paras kolestrol HDL (kolestrol baik). Apabila kolestrol baik meningkat automatik kolestrol jahat akan berkurang. Selain itu, niacin juga ade digunakan untuk merawat jerawat.

B5 (Panthothenic acid)
Vitamin B5 pula diperlukan untuk memcahkan lemak dan karbohidrat untuk tenaga. Selain itu, B5 juga penting untuk menghasilakan hormon berkaitan sex dan anti-stress termasuk testosteron. Kajian juga menunjukkan vitamin B6 membantu masalah wajah dengan melambatkan penuaan.

B6 (Pyridoxine)
Pyridoxine berkerja bersama-sama dengan B9 dan B12 untuk menstabilkan asid amino haemosysteine (berkait rapat dengan penyakit jantung). Di samping itu , vitamin ini amat mempengaruhi corak tidur dan kawalan stress seseorang kerana ia membantu penghasilan hormon serotonin, melatonin dan norepinephrine.

B7 (Biotin)
Biotin juga dikenali sebagai 'ejen kecantikkan' kerana ian membantu mencantikkan kuku rambut dan kulit. Biotin juga dapat merendahkan paras gula dalam darah serta penting untuk wanita hamil ( tumbesaran bayi).

B9 (Folate)
Folate atau asid folik merupakan vitamin yang penting untuk mengawal depression dan menghalang penyakit hilang ingatan. Asid folik juga sangat penting untuk bayi di dalam kandungan.

B12 (Cobalamin)
Vitamin B12 berkait rapat dengan penghasilan darah merah hemoglobin yang mana sgt penting untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh.

Walaupun sumber vitamin-vitamin B ini boleh di dapati daripada sumber makanan tetapi kadar yang diperlukan adelah berbeza untuk setiap orang. Adalah lebih baik jika kita mengamalkan pengambilan vitamin B complex setiap hari kerana jelas terbukti vitamin B complex sgt penting untuk tubuh kita berfungsi dengan baik. InsyaAllah. Jom dapatkan B complex anda sekarang...Hubungi saya untuk maklumat lanjut









Arifa Salleh
0133994264
nurarsaljis@gmail.com


No comments:

Post a Comment