Wednesday, August 26, 2015

5 Cara Elak Stress Semasa Dalam Pantang


gambar dari google 


Berpantang merupakan satu cabaran untuk ibu-ibu. Dalam tempoh berpantang ibu-ibu tak boleh keluar rumah, tak boleh buat kerja rumah, tak boleh itu tak boleh ini. Dah namanya pon berpantang kan, mestila banyak benda yang tak boleh buat hehe. Namun ramai juga yang mengadu stress ketika berpantang. Stress waktu berpantang memang tidak digalakkan kerana ia bakal mengundang penyakit meroyan yang boleh efek kesihatan mental ibu-ibu. Apa cara untuk ibu elak stress ketika berpantang?

1. Banyakkan berzikir untuk menenangkan jiwa (bagi muslim)
Berzikir dan mengingati ALLAH s.w.t dapat menenangkan jiwa. Walaupun tidak boleh solat tetap ibu-ibu berpantang boleh berzikir dan berdoa.


2. Jaga makan dan minum ketika berpantang 
Masih ramai yang mengikut cara orang dulu-dulu berpantang, contohnya makan nasi dengan ikan bilis dan ikan masin tak makan sayur dan sebagainya. Sebenarnya, waktu berpantang ialah waktu untuk kita mendapatkan nutrien yang seimbang dan mencukupi supaya badan ibu cepat pulih seperti sediakala. Waktu ni juga amalan makan supplemen (yang tidak memberi kesan kepada bayi) amat digalakkan.


3. Cari masa untuk berehat
Ibu-ibu harus beri ruang pada diri sendiri untuk berehat. Tak semestinya dengan cara tidur sahaja, ibu ibu boleh luangkan masa dengan mendengar muzik atau ayat Al-quran , menonton TV, membaca dan sebagainya.


4. Berfikiran positif
Ibu-ibu harus berfikiran positif walau ape jua keadaan. Bila kita fikir yang baik-baik , InsyaAllah yang baik-baik sahaja datang pada kita.


5. Nikmati waktu berpantang dengan rasa syukur
Tidak semua wanita dapat merasai anugerah ini.Berpantang bukan sahaja merapatkan ibu dan bayi tetapi juga mengeratkan silaturrahim. Nikmatilah waktu berpantang dengan rasa syukur kerana waktu berpantang ini banyak melibatkan hubungan kita dengan suami dan keluarga terdekat.


dari kacamata Arifa Salleh...:)

3 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian yang bagus ini

    Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 dear :) ..terima kasih dtg singgah lagi nnt k :)

      Delete
  2. pakai kaca mata ke ifa..hehe


    nak jemput JOIN dan SUPPORT 1st GA ena..: http://www.aeinnamusa.com/2015/08/giveaway-1.0-by-ena.html


    TIA!

    ReplyDelete