Thursday, April 16, 2015

Set Kulit Kering Enfuselle

Selalu kita dengar dan tengok banyak skin care untuk masalah kulit berminyak. Majoriti masyarakat Asia memang mempunyai masalah kulit berminyak sebab cuaca kita yang panas dan lembap. Tetapi ade jugak segelintir masyarakat kita yang ade masalah kulit kering. Kulit kering biasanya datang bersama kulit sensitif. Nampak merah-merah , mengelupas dan terasa pedih bila terkena cahaya matahari.

Menjaga kulit kering dan sensitif ni memang agak susah sedikit berbanding dengan menjaga kulit berminyak. Mereka yang mempunyai kulit kering dan sensitif perlu mengambil perhatian tentang set penjagaan kulit yang mereka gunakan kerana sesetengah set penjagaan kulit menggunakan bahan kimia yang akan menjejaskan lagi kulit muka si pemakai.

Untuk mengurangkan masalah kulit kering dan sensitif , mereka haruslah menggunakan produk yang lembut pada wajah, yang tak menggunakan bahan-bahan kimia yang boleh menjejaskan  lagi kulit muka mereka. Kalau kulit kering dan sensitif tak dijaga dengan betul jerawat boleh terjadi dan menburukkan lagi keadaan. Memang stress kalau muka bermasalah. Ifa dlu pun sama tapi Alhamdulillah sekarang masalah kulit dah selesai. NO MORE STRESS!!


So untuk bantu korang selesaikan masalah kulit kering , cuba guna SKIN CARE ENFUSELLE. Skin care set ni ade 3 item je PENCUCI   PENYEGAR (TONER) dan PELEMBAB. Semuanya berasaskan bahan-bahan botani yang semulajadi. Kata customer yang dah cuba, Pelembabnya cepat meresap dan menyegarkan.






No comments:

Post a Comment