Thursday, February 5, 2015

Menu untuk Seminggu

Salam Readers....dah masuk Februari ..masyaAllah sekejap je rasa masa berlalu....tup-tup2 nanti tahun baru lagi ...

Rutin harian agak sedikit kelam kabut di awal tahun ni. Huhu tambah pulak setiap hujung minggu asyik ade aktiviti je. Niat nak mengemas rumah tapi last-last mesti tak jadi jugak. Bekerja sendiri ni kena pandai bahagi masa. Kalau tak, memang haru jadinya. Disebabkan rasa mcm ade yang tak kena dengan masa, maka cepat2 ifa mendapatkan bantuan mentor ifa yang di sungai petani. Jauhkan mentor i tapi dekat di hati hehe

Alhamdulillah lepas di nasihatkan oleh mentor ifa dah nampak dah mana silapnya. Nak tau tak ape yang disarankan oleh mentor i ni. Mentor sy, Presidential Master Nur Laila suruh saya listkan ape kerja yang paling banyak makan masa. So, ifa letak no 1 = Memasak. Hehe bukan tak suka memasak tapi proses memasak tu mengambil masa bila dah letih kat dapur dah tak larat nak buat keje lain. Stree makkk!!

So ape yang saya kena buat ialah salah 1 daripadanya listkan untuk seminggu lauk ape kita nak masak dari isnin sampai jumaat atau isnin sampai ahad (tak sanggup nak masak sampai ahad nak jugak merasa makan kt kedai kan uhuk3!). Sebab ape kena listkan? bila dah list kita nampak dah lauk ape yang kita nak masak. Takdela 3 4 kali bukak peti ais fikir nak masak ape kan. Nak cari idea nak masak ape pun buang masa jugak tu huhuhu. Alhamdulillah rasanya cara ni boleh jimatkan masa dan jimatkan belanja dapur jugak.

kalau ade sesiapa yang belum pernah buat cara ni try buat ..mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda meringankan kerja2 di dapur. Selamat Mencuba heheh ^_*




Khamis KITCHEN CLOSE ye harap maklum hehehe

No comments:

Post a Comment