Bangun seawal pukul 530 pagi mandi dan tggu azan subuh berkumandang. Sempat solat taubat 2 rakaat nak teruskan dengan tahajud tapi anak menangis nak susu.
Tidurkan anak semula dan sambung solat subuh (azan dan berkumandang masa nk tidurkan anak). Suami pun bangun mandi solat dan bersiap.
Cakap berbisik2 siap pun slow2 sebab takut anak terjaga. Tgk jam dah pukul735 pagi..alamak dah lambat Semiar Dr Azizan start pukul 8 pagi. Tak sempat nak breakfast hanya minum susu full cream dutch lady. Nak shake Esp pun tak sempat.
Sampai di Shah Alam Convention Centre ..penuh dengan rakyat Malaysia yang dah mendaftar untuk ke seminar tu. Selesai pendaftaran semua berkumpul menunggu pintu di buka. Alamak perut rasa tak sedap. Tak boleh jadi ni..bergegas ke toilet dulu setelkan pae yang patut.
Selesai urusan di toilet asben call kata dah blh masuk. Ok dengan happy nya turun ke bawah dan masuk dewan dari tepi (pelik sebab semua ikut pntu tengah padahal pintu tepi dibuka). Mungkin rezeki dapat duduk barisan ke tiga row paling hujung sebelah pintu depan screen bapak besar.
Pukul9 seminar pun bermula dan kelibat Dr Azizan ade di atas stage. Wahhh syukur sbb dapat jugak merasa hadir ke seminar beliau. Rasanya tak perlu sy ceritakan tentang ape yang berlaku semasa seminar nanti dah tak suprise plk kan.
Secara ringkasnya seminar potensi diri dengan Dr Azizan Osman membuatkan saya tak berhenti berfikir untuk tingkatkan taraf hidup saya. Walaupun tgh update blog ni rasa mengantuk gile tapi disebabkan sy rasa saya patut bgtau kat semua pembaca blog sy kalau ade masa ade rezeki pergilah dengar dan ikuti kelas2 Dr Azizan. Supaya hidup kita tak sia sia di dunia dan di akhirat InsyaAllah.
P/s: auliya tinggal dengan opah n makteh die Alhamdulillah tak nanges pun.Good girl auliya..blhla tinggal lagi hehe
No comments:
Post a Comment