Monday, November 10, 2014

Gout dan Cara Atasinya

Salam readers blog saya yang SIHAT dan CERIA...ok straight to the point jela kan ..tak nak mukadimah panjang-panjang sebab ifa menaip sambil tunggu suami terchenta balik dari kantor hehe.

Gout? Ape itu gout? Sejenis penyakit yang melibat sendi di mana urate crystal berkumpul di sendi. Urate crystals ni terbentuk daripada uric acid (asid urik). Keadaan ini menyebabkan keradangan dan kesakitan pada bahagian sendi terutama kaki.

Badan kita memecahkan purines yang semulajadinya terdapat di dalam badan kepada asid uric. Asid uric akan memasuki salur darah dan di hantar ke buah pinggang untuk di tapis dan di keluarkan daripada badan melalui air kencing.

Penyakit gout biasanya terjadi samada badan menghasilkan terlalu banyak asid urik atau terlalu sedikit asid urik yang dikumuhkan keluar dari badan melalui air kencing. Apabila kejadian ini berlaku, pembentukan asid uric yang banyak di dalam badan menyebab rasa menyucuk-nyucuk dan tajam pada sekitar sendi dan tisu disekeliling sendi yang menimbulkan rasa sakit dan bengkak.

Lazimnya gout lebih mudah terjadi di kalangan lelaki berbanding wanita. Tetapi kebarangkalian untuk wanita menghidap gout lebih tinggi selepas menopos.

MACAM MANA NAK ATASI GOUT?

Hanya ade 2 cara sahaja untuk atasi gout ialah dengan pengambilan ubat anti-inflammatory (anti-radang) dan juga UBAH TABIAT PEMAKANAN.

KURANGKAN MAKAN DAGING, AYAM DAN MAKANAN LAUT
KURANGKAN MINUMAN BERALKOHOL
KURANGKAN MINUMAN YANG MANIS
BANYAKKAN PENGAMBILAN SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
BANYAKKAN PENGAMBILAN PRODUK TENUSU
MINUM KOPI 


ha?? kopi?? ye minum kopi boleh kurangkan risiko terkena gout hehe..tp jagan berlebihan nanti sakit lain pulak yang datang. Antara supplemen yang boleh kurangkan masalah gout ini ialah Vivix, Omegaguard, Alfalfa dan Performance drink.







No comments:

Post a Comment