Salam ...kali ni nak share petua untuk cantik dan sihat..Kalau search kat internet memang belambak keluar segala macam petua untuk cantik dan sihat ni. Daripada cara traditional sampai ke cara moden...ade 1001 cara kan? tapi daripada hasil galian saya ade beberapa petua yang mudah untuk dipraktikkan. Mudah di sini beerti yang senang, jimat masa , jimat wang yang penting dapat sihat dan cantik.
Jom kita tengok petuanye
1. Minum Air secukupnya
Ramai yang tak suka minum air. Kenapa ek? jangan begitu. Air amat diperlukan oleh tubuh kita supaya dapat menjalankan fungsi dengan baik. Air juga bantu memberi kelembapan pada kulit.Kekurangan air menyebabkan kulit jadi kering tak bermaya.
2. Bersenam
Bersenam dapat melancarkan pengaliran darah. Apabila darah mengalir lancar terutama di kawasan wajah, wajah nampak berseri-seri. Senaman juga dapat membersihkan pori-pori kulit daripada sebum. Oksigen juga akan memebusi kulit dan menghasilkan kulit yang segar.
3. Amalkan pemakanan yang seimbang
Yang ni semua orang tau tapi tak buat hehe. Pemakanan perlu seimbang walaupun kita tidak menghidap ape-ape penyakit kerana nutrient yang sempurna penting untuk menghasilkan tubuh badan yang sihat serta kulit yang cantik. Pengambilan supplemen tambahan seperti vitamin C, Vitamin E, GLA amat penting sebagai perisai untuk menghalang radikal bebas memusnahkan sel-sel badan dan kulit. Yang tak suka makan sayur tu wajib ambil supplemen tambahan sebab nutrient dari sayur dan buah-buahan amat penting untuk kesihatan dan kecantikkan.
4. Elak Stress
Tekanan memang akan dihadapi oleh semua orang. Tapi cara kita atasi tekanan tu yang penting. Banyakkn berfikiran positif. Yang beragama Islam tu bolehla banyakkan zikir selawat baca dan fahami Al quran utk elak tekanan. Kawal emosi jangan cepat marah. kan orang tua-tua selalu pesan suka marah cepat tua. Haa memang betul ..so kawal emosi anda. Rileks dan selalu bersangka baik barulah hidup aman dan tenang hehe.Kalau tak tahan jugak telan b complex sebelum tido insyaAllah tak stress dah esoknya.
5. Senyum
Bangun pagi ucap syukur dan senyum. Syukur dengan apa yang kita miliki.Konfirm sepanjang hari mood kita akan baik. Makeup pun cantik orang lain tgk pun berseri-seri. Try lakukan teknik Mirror Mantra. Macam mana? tengok cermin dan ucapkan perkara perkara yang positif sperti
" owh mancungnya hidungku ''
'' licinnya pipi saya.."
" Alahmdulillah...cantiknya muka saya"
walaupun bunyi mcm poyo je tapi kalau hari-hari kita ulang lama-lama boleh jadi kenyataan dan boost confident level kata. Tak percaya Tak pe ..buat je...
Jom kita sama-sama praktikkan ...didoakan agar semua pembaca blog saya kekal sihat dan cantik..aminn ...
No comments:
Post a Comment