Friday, April 3, 2015

Bakar Kalori Semasa Tidur

Pembakaran kalori sama juga macam aktiviti badan yang normal dan sentiasa berlaku seperti kita bernafas. Semasa kita tidur badan kita membakar kalori sama banyak dengan kalori yang dibakar semasa kita duduk menonton TV. Walaupun tak banyak sangat kalori yang dibakar (tak sperti melakukan senaman) tapi ianya tetap berlaku. Haa bila kita tidur tapi badan kita tetap perlu berkerja (thats why kena jaga organ-organ dalaman dengan baik.kesian dieorg)

Satu lagi sumber mengatakan kalau kita tidur dalam suhu yang rendah , tanpa selimut yang tebal , baju tidur nipis-nipis , badan akan membakar lebih kalori untuk menghasilkan haba. Jadi tidur dalam bilik yang sejuk boleh kuruskan badan la kan? wahh menarikk ni...tapi ifa tak tahan aircond...mesti nak selimut tebal2 baru syok..maklumla kurang isi huhuhu. Tapi kalau musim panas mcm sekarang ni...dah dekat-dekat nk subuh baru rasa nak cari selimut...nyampah betul...syaitan tu tau aje bila dah dekat-dekat nak azan subuh kan. Time tu la rasa sejuk syok nk tidur....ak tangankan jugak syaitan ni karang!!

ok sekian info arini :)

2 comments: