Friday, December 5, 2014

10 Perkara Yang " Menghanyutkan" Bisnes Anda

Berbisnes bukan semudah yang di sangka tetapi kalau anda ade ilmu yang betul dan dibimbing dengan betul pasti bisnes anda membuahkan hasil yang sangat-sangat indah. Pastikan anda tidak melakukan kesilapan di dalam bisnes yang boleh menghanyutkan bisnes anda.

10 KESILAPAN Biasa Dalam Bisnes

1- Memulakan bisnes dengan MODAL BESAR. Jangan!!! Bisnes boleh dimulakan dengan modal RM0.
2- Cuba keluarkan PRODUK BARU. Jangan!! Membazir duit. Jual produk orang lain atau perbaiki produk orang lain.
3- Melabur membuka PEJABAT dengan kos yang mahal. Jangan!! Bisnes terbaik adalah bisnes yang tidak perlu pejabat. Peniaga yang selalu berada dalam pejabat menandakan bisnes tak jalan.
4- Berniaga dengan ADIK-BERADIK tanpa komitmen perjanjian. Jangan!! Kalau mau bisnes dengan adik beradik, pastikan ada komitmen perjanjian dan dibincangkan depan ibubapa. Masalah kerja tak boleh campur dengan masalah keluarga.
5- Buat PINJAMAN bank semasa baru nak buka bisnes. Jangan!! Jika jualan setahun anda kurang RM500K sebulan, jangan pinjam bank.
6- Buat MACAM2 BISNES pada satu masa. Jangan!! Fokus satu bisnes saja dan pastikan anda dah capai RM1Juta pertama anda melalui bisnes tersebut, kemudian baru lah boleh fikir untuk EXPAND bisnes.
7- Berniaga tidak ada SYARIKAT. Jangan!! Mesti setup company. Company memberi banyak keistimewaan dalam perniagaan anda.
8- Berniaga menggunakan akaun peribadi, bukan AKAUN SYARIKAT. Jangan!! Anda rugi bayar income tax.
9- Duit saya, duit saya. Duit syarikat, duit saya juga. Salah!! Duit anda adalah duit gaji yang dibayar oleh syarikat anda.
10- Memberi HUTANG kepada orang lain. Jangan sekali2!! Anda bukan bank!

kredit:Dr azizan Osman

semoga kita lebih berhati-hati dan dilimpah rezeki yang halal dan berkat...



Arifa Salleh
013 3994264

No comments:

Post a Comment