Wednesday, November 26, 2014

Tanweer: Hulur La Sikit

Semalam (selasa) sebelum mandikan si auliya, macam biasa la nak leka kan die letak die depan tv tengok upin ipin. Lepas tu ade ulangan tanweer kat tv 9. Tajuknya hulur la sikit. Ustaz jemputan ialah ustaz Don dan artis jemputan Heliza Helmi dan Fizo Omar.

Mama auliya pulak yang syok tgk tv lepas tu hehe. Episode tanweer kali tu crita pasal sedekah. Memang best kupasan ustaz Don pasal bersedekah ni. Antara yang ifa ingat ustaz Don terangkan macam mana kita nak bersedekah tapi kita sendiri pun cukup-cukup makan je.

Jawapan kepada soalan tu..sedekah lah ape/berapa yang kita ada sebab Allah yang beri kita duit banyak tu untuk kita beri/bantu orang lain. Allahuakbar..sanggup tak kalau kita ade RM50 je dalam beg/poket tiba2 datang peminta sedekah. Nak bagi tak duit RM50 tu? Kita patut bagi sebab duit itu rezeki Allah yang bagi pada kita untuk kita sampailan pada si peminta sedekah tu.

Pernah terbaca kisah yang lebih kurang sama dalam buku mudahnya menjemput rezeki, kisahnya sama macam soalan yang ditanya pada ustaz Don tu. Dan apabila hamba allah tu memberi sedekah duit yang ade dalam wallet die (sekeping RM100) tanpa di sangka-sangka beliau dapat ganjaran RM100 000 daripada hasil perniagaannya. Hebat ke hebat sedekah ni? MasyaAllah terlalu hebat ...




kalau boleh hari-hari nak cari saudara mara yang kurang berkemampuan nak sedekah kat mereka. sebab nikmat bila memberi tu terlalu indah. Tak perlu tunggu kaya untuk nak bersedekah tapi dengan bersedekah kita boleh jadi kaya...tak percaya cuba buat dulu jangan tangguh-tangguh....lepas tu rasalah sendiri akibat bersedekah ...hehehe



memberi dengan seikhlas hati, sekuat iman InsyaAllah ganjarannya pasti hebat!




Arifa Salleh
013 3994264



No comments:

Post a Comment