Tuesday, October 28, 2014

Tips Hilangkan Parut Jerawat

Bila jewarat dah tak ade...tapi hati masih tak boleh tenang 100% sebab jerawat ni meninggalkan jejak ..tak kira la jejak berlubang ke jejak kaler hitam ke jejak kaler merah ke ...tapi jejak ni lagi seksa nak hilangkan berbanding jerawat tu sendiri.

Saya dah merasa dah dulu...jenuh pergi farmasi cari cream untuk hilangkan parut. Tapi lepas sapu cream naik jerawat lain pulak. Arghhh tension tu tak payah cakapla sampai nak pergi kedai pun rasa malu. Jenuh sapu foundation tak nak orang nampak tapi sebenarnya meburukkan lagi keadaan.

Rule paling penting untuk nak hilangkan jerawat ialah SABAR ...parut jerawat akan pudar juga nantiu cuma die ambil masa. Banyakkan minum air kosong , ambil protein yang cukup dan vitamin C untuk cerahkan parut yang gelap...

Rule #2 Ade orang sapu vitamin E pada parut kononnya hilangkan parut dengan cepat. Haaa ini ialah satu tindakan yang salah tau dulu-dulu saya pun buat camtu patutla makin teruk je siap naik jerawat lain pulak. Begitu juga dengan Tea Tree Oil. Kalau anda cuba dan dapati naik jerawat atau masalah kulit lain cepat-cepat stop penggunaanya. Lebih baik untuk consume vitamin E kerana vitamin E ni ialah nutrient untuk badan. Jadi biar badan yang menggunakan viatmin E untuk cantikkan kulit kita.

Rule #3 Jangan picit Jerawat..hehe ni sume orang tau tapi buat jugak kan kan? saya pun dulu siap amik jarum nak pecahkan jerawat...hasilnya? jerawat tinggalkan jejak ynag hodoh huhu..kalau nak pecahkan jerawat better pergi facial kerana kat sana ade alat khas untuk pecahkan jerawat dan alatan mereka pun steril .

Rule #4 Cream yang mengandungi kojic acid (daripada cendawan) arbutin dan vitamin c boleh mencerahkan parut jerawat. seelok2nya carila yang organik supaya kulit tak terdedah dengan bahan kimia.

Untuk parut jerawat yang berlubang boleh juga amalkan vitamin E atau collagen. Collagen bertindak memperbaiki tekstur kulit yang dah rosak disebabkan jerawat tadi. Kolagen mahal? harusslah mahal kalau nak yang berkualiti kan tapi kalau nak yang murah sikit boleh amalkan protein segera macam ESP. InsyaAllah parut-parut jerawat senang pudar.

2 comments:

  1. Mg berparut muka ni. Sedih btl.

    ReplyDelete
  2. Liyliz...tryla vitamin E shaklee n ESP bagus untuk hilangkan parut

    ReplyDelete