Monday, June 30, 2014

Pantang Larang Dalam Menyusukan Anak

Menyusukan anak merupakan detik yang berharga buat ibu dan anak. Terasa nikmatnye apabila dapat menyusukan anak buat kali pertama.Namun ade yang mengatakan menyusukan anak ni 'leceh' sebab anak akan jadi lebih manja, kerap bangun malam untuk menyusukan anak, ibu cepat lapar , ibu harus berpantang dari makan makanan yg sejuk dan berangin dan sebagainya.

Pada pengalaman saya, saya rasa bila kita breastfeed/menyusukan anak terlalu banyak faedah yang kita dapat dari segi kesihatan badan dan kemudahan apabila kita keluar dari rumah. Antaranya badan cepat kurus selepas bersalin dan xperlu hangkut botol susu or flask air panas untuk buat susu anak. Ini sgt2 menyenangkan apabila travel. Dari segi kesihatan pula menyusukan anak boleh mengecutkan rahim kita kembali kepada asal dengan lbh cepat berbanding jika kita tidak menyusukan anak. Ade juga terbaca menyusukan anak boleh elakkan ibu2 dari terkena kanser payudara, rahim dan ovari. Selain tu kt juga dapat pahala berganda jika kita ikhlas menyusukan anak.MasyaAllah byk sungguh kebaikkan menyusukan anak ni kan.

Tapi ade yg ckp ibu menyusukan anak kena pantang makan. Contohnya tak boleh minum teh, tak boleh makan mee, tak boleh makan sayur yang sejuk2 macam timun, kubis, tak boleh minum ais..haaa byk lg sebenarnya kalo di listkan smpai esok tak abis hihihi.

Sebenarnya kalo diikutkan dari segi perubatan TIADA pantang larang yang perlu dipatuhi ibu2 semasa menyusukan anak.Ibu2 boleh makan semua jenis makanan yang tidak memudaratkan. Tapi janganla over sgt melantak kn ape2 pun biarla bersederhana. Kalo anda rasa makan pisang boleh jadi angin n buat perut anak jd kembung maka terjadilah perkara tu. Ingatnye mommies kata2 ibu satu doa ape yg kita fikirkan itulah yg akan terjadi. So think positif jela k.Mungkin ibu2 yang breastfeed anak perlu berhati2 dalam pemilihan makanan ketika anak masih di dalam pantang sehingga 2-3 bulan pertama. 

Kalo sy selalunya suka 'try n error'. Saya ni penggemar aiskrim , xpuas rasa kalo dah lama xmakan aiskirm. Masa auliya 5 bulan saya makan aiskrim yg dalam tupperware tu. Beli sebekas stiap kali lepas makan lunch or dinner mesti makan aiskrim tu. Tup2 2 ari lepas tu auliya demam huhu. Lepas tu die demam lg lepas sy makan aiskrm. So tahu la sy anak sy ni 'allergik' aiskrim hehe. Tapi sekarang bila die semakin besar, sy dah boleh makan aiskrim die dh xdemam lg. Mungkin badan die semakin kuat.Begitu juga dengan makanan2 yang lain. 

Tips saya untuk ibu2 menyusukan anak, MAKAN MAKANAN YANG SEIMBANG. Supplemen tambahan amat2 digalakkan untuk ibu2 yang menyusukan anak.Macam saya cakap sebelum ni menyusukan anak sama seperti kita pregnant dlu. Segala nutrien kita akan dikongsi dengan buah hati kita tu. 

1 comment:

  1. Oh ye ke..ingtkan pantang larang menyusu mmg kena jaga betul betul tapi depends on body n baby jugak. Janji makan makanan seimbang. Hmm mcm mana eh kalau ada masalah penyusuan? dlu awak guna milkbooster tak? Sy ada jumpa milkbooster di fb, Pump It namanya. Guna teknik sapuan untuk tmbah susu. Sy pun baru nak try milkbooster. any suggestion?

    ReplyDelete