Friday, June 26, 2015

5 Simptom Kencing Kotor

Assalamualaikum readers

Harini dah hari ke 9 kita berpuasa. Alhamdulillah masih dapat berpuasa dan berterawih. AS terawih sendiri je kat rumah tak ke masjid atau surau pun sebab ade si kecik yang tengah aktif gila sekarang ni dan jenis tak takot kat sape-sape.

Post kali ni nak cerita sikit pasal kencing kotor atau UTI ( urinary tract infection). UTI ni lebih kerap menyerang wanita dan kadang kala ianya akan menyerang lebih daripada sekali. Masalah ini tidak la terlalu bahaya tapi jika tidak dirawat boleh mendatangkan mudarat juga pada kita. UTI terjadi disebabkan jangkitan bakteria pada urethra (saluran kencing) yang memberi efek kepada pundi kencing dan seterusnya kalau berlarutan akan memberi kesan kepada buah pinggang. Bakteria mungkin daripada anus (saluran dubur) atau mungkin juga akibat persekitaran alat sulit yang kurang hygine. Satu lagi punca ialah



Kenapa UTI lebih senang berlaku pada wanita berbanding lelaki?

UTI lebih senang berlaku dikalangan wanita kerana saluran urethra bagi wanita lebih pendek berbanding pada kaum lelaki yang menyebabkan bakteria senang bergerak pantas menjangkiti pundi kencing.



UTI lebih senang menyerang wanita hamil 

Ini adalah kerana wanita hamil mempunyai hormon yang tidak seimbang dan menyebabkan otot di bahagian pundi kecing dan salur kencing tidak kuat dan melambatkan aliran air kecing. Selain itu, rahim yang membesar juga menekan saluran kencing menyebabkan aliran air kencing tersekat. Apabila air kencing tidak dikeluarkan sepenuhnya bakteria mudah terkumpul dan membiak pada pundi kencing.




5 Simptom jangkitan UTI

1. Kencing Rasa Terbakar

2. Kerap rasa nak buang air kecil walaupun hanya sedikit air kencing yang keluar

3. Sakit di bahagian ari-ari

4. Urine atau air kencing bewarna keruh dan berbau

5. Demam dan menggigil



Cara mencegah UTI 

1. Minum Air dengan banyak untuk mengeluarkan bakteria melalui air kencing

2. Sentiasa menjaga kebersihan alat sulit. Lap alat sulit dari depan ke belakang setiap kali selepas ke tandas

3. Bagi wanita hamil yang dijangkiti UTI hendaklah segera mendapatkan rawatan antibiotik kerana kuman akan cepat merebak ke buah pinggang. (risiko kepada ibu dan bayi)

4. Jangan tangguh jika terasa nak buang air kecil kerana melambatkan pembuangan air kencing akan menyebabkan kuman membiak pada pundi kencing

5. Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap

6. Kurangkan makanan yang manis dan minuman berkafein

7. Amalkan pengambilan Vitamin C, E dan Zink untuk menghalang pembiakan kuman.


Jika masalah UTI berlarutan lebih dari 3 hari, segeralah berjumpa doktor di klinik kesihatan atau klinik swasta untuk mendapatkan rawatan antibiotik (untuk mematikan kuman). Selalunya rawatan antibiotik ini diberikan selama seminggu. Ujian air kencing akan di lakukan untuk mengesahkan jangkitan UTI dan selepas seminggu skali lagi anda di minta menjalankan ujian air kencing untuk memastikan air kencing bebas dari kuman.

Walaubagaimanapun, sesuatu penyakit lebih baik dicegah daripada diubati ye dak? Amalkan pengambilan supplem Vitamin C, E dan Zink setiap hari untuk mencegah UTI dan juga menjaga kesihatan badan.


           Dapatkan vitamin semulajadi anda dari saya



  Arifa Salleh (1067596)
013 -399 4264
nurarsaljis@gmail.com
COD area Desaru, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Pasir Gudang dan sekitar
Poslaju ke seluruh malaysia


6 comments:

  1. baru je kena awal bulan aritu..ya Allah serik sangat..lebih 30 kali masuk bilik air malam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu memang sakit cikNaa...dh 3 kali kena ..aduhh seksa..

      Delete
  2. Saya pernah baca yg orang kena UTI ni elok makan lobak putih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yeke...ade jgk yg suh minum cranberries juice huhu ...yg penting kena jaga sebelum kena

      Delete
  3. minum air masak banyak-banyak insyaAllah boleh neutralisasi kan balik toxic dalam badan.

    ReplyDelete